Search This Blog

Tuesday, July 2, 2013

Meh kita cerita cerita...

Minggu yang jerebu teruk tu, Harith kebetulan diserang asthma. Dan dengan jerebu lagilah memburukkan keadaan kesihatan dia.3 Malam jaga dia sebba dia susah nak tidur. So, Minggu tu kami duduk berkurung je kat rumah sabtu ahad. Dan kat Shah Alam pun teruk jerebu sekolah cuti dari  Isnin sampai Rabu. Khamis barulah sekolah macam biasa.

Sekarang udara dah ok, kita patut bersyukur masih lagi dapat menghidup udara bersih. Ujian Allah kadang-kadang menyedarkan kita ujian Alah tu datang dalam pelbagai bentuk. Macam jerebu ni, kita pun tak sangka  jerebu akan jadi seteruk ni. Muar lagi teruk sampai diisytihar darurat.

Sabtu lepas adik, Ijam n wife bawa aku dan Harith ke PKNS Shah Alam. Saja jalan-jalan nak cari baju. Walaupun dok Shah Alam jarang-jarang pergi kompleks PKNS ni kecuali masa nak raya la.Bulan puasa memang tak boleh nak pergi sure jam dan orang ramai sangat, nak jalan pun susah. Dah dapat baju yang dicari sungguh happy ;)

Petang tu kami ke Melaka sebab ada majlis kawin sebelah lelaki anak sedara Jak, Yana. Kak Ngah dah book hotel untuk semua family.Kami sampai Melaka dalam kul 6.30 petang jugak la, jalan jem sepanjang jalan jumpa 3 accident.

Sampai hotel, lepak je la lagi pun nak tengok game JDT lawan Kelantan kan. Tapi 1st goal kelantan je aku dah frust tak mau tengok..hehehhe. Harith pulak ikut Mak ngah dia makan dan naik bot. Pukul 11 baru naik bilik.senyap sunyi dia takde.

Esoknya lepas breakfast kami lepak kat tepi sungai. Dalam pukul 11.30pagi konvoi beramai-ramai ke Auditorium apa tah kat Air Keroh.

Ditepi sungai sebelah hotel

Tak paham apa style la harith ni

tengok mana tu bang? 

pengantin

kakak ipar, kak su dan kak maria

pengantin jauh sangat dari meja


No comments:

Post a Comment