Search This Blog

Monday, November 11, 2013

Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum

Dari awal memang niat nak masukkan Harith ke Sekolah Agama Integrasi. Memang kena apply awal tapi make sure kita daftar jugak sekolah rendah biasa, mana tahu kalau tak berjaya kat Sekolah Integrasi ni, at least anak kita dah ada tempat kat sekolah biasa. Sebabnya Sekolah Integrasi ni ada peperiksaan masa anak kita umur 6 tahun, yang lulus barulah dapat tempat kat SRAI ni. Rasanya permohonan buka start April kot. Lepas tu sekolah akan panggil exam. Katanya ada buku panduan untuk exam ni tapi kita orang tak tau pun. So, Harith main belasah je pergi..hihihi. Tapi kan yang penting anak kita dah pandai baca. So dia boleh jawab soalan.

Alhamdulillah dia lulus exam tu. Masa tu nama dia pun dah masuk ke kelas yang ke 4. Cuma ada 4 kelas je. Firdaus, Naim, Ma'wa, Adnin. Satu kelas ada lebih kurang 30++ murid.Yang bestnya SRAI dia gabung subjek agama dan kebangsaan. Contohnya, jadual hari Isnin ada BM, BI, Feqah, Al-Quran, Jawi, Sains. Kelas start pukul 7.30 pagi-2.30 ptg. Ada rehat 2 kali. Dalam pukul 10 kot kena sembahyang Dhuha. dan sebelum balik kena solat Zuhur dulu.So, Harith naik van dalam pukul 3ptg. Sampai rumah sebelum 3.30 ptg.

Sebenarnya susah nak carik van sekolah yang nak masuk ke area rumah kami sebab kebanyakan budak-budak sekolah di Seksyen 6. So, kebanyakan van tak lalu sekolah Harith kat Seksyen 7. Nasib baik jumpa satu kakak yang bawak van ni sanggup ambil harith balik sekolah. Bayaran sehala RM80. Pergi sekolah pagi kami hantar sebelum pergi kerja.Kakak ni pun ok, hampir 2 tahun tak pernah lagi ada problem. Alhamdulillah.

Persaingan sangat kuat kat sekolah ni. Harith daripada kelas ke 4 dia dapat naik ke kelas yang ke 2 masa darjah 2.Tapi kelas ke 2 ni pun budak pandai-pandai..Tak dapat bayangkan budak kat kelas pertama -Firdaus mesti semua hebat-hebat.cikgu tak payah ajar kot..hahhahahha. Masa 1st exam aku tengok harith no 34/36. rasa nak pengsan. Tapi peratus tinggi 87++%. Bila tanya cikgu, cikgu kata persaingan memang sengit. Beza cuma 0.00++% kadang-kadang. Cikgu kata jangan tengok nombor. Exam akhir tahun tu aku ngan Jak sama-sama ulangkaji dengan dia. Stress si harith..Oklah result dia naik no 22. Dan next year Darjah 3 masih kelas yang sama. Aduhai kesian budak-budak sekarang silibus mata pelajaran semakin bertambah. Aku tengok Math dia pun macam Eh..darjah 2 dah blaja ni??. Dan dengarnya darjah 4 kot nak tambah subjek sejarah?? Semakin terbebanlah budak-budak ..kesian..kesian

8 comments:

  1. Aslmkm... Boleh tak sy nak nombor hp van skolah anak u? I warga baru Legian Ken Rimba hantar anak kat sekolah seksyen 7. Tgh nak cari van skolah anak sesi ptg. Pls reply to my email at suhailacia@yahoo.com.. Tkasih ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Boleh saya dapatkn contact van tersebut. Saya juga tgh mencari van sekolah anak ke SRAI S7. Mohon reply di lisa_mf at yahoo.com. Terima kasih :)

      Delete
  2. Assalamualaikum.. boleh bantu saya. Saya nak tau fees SRAI macam mana? tgh nak planning untuk hantar anak ke SRAI. Can emel haslina2004@yahoo.com tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum. Saya duduk sekitar seksyen 7 Shah Alam. Saya nak tahu fees SRAI. Harap puan dapat membantu. Untuk planning kemasukan tahun 2017. Puan boleh email saya SuhainaNadia.LailiSuhairi@taylors.edu.my. Tq.

      Delete
  3. Salam Pn,
    Boleh bagi review mengenai cikgu2, aktivity & co curriculum di sekolah ?
    Kominikasi antara cikgu & org tua murid mcm mana apakah ada group wassapp ?
    Sy ada plan mau masukan anak ke srai sek 7 jg.
    Trm ksh & Wass

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..saya sedang mecari kerja untuk isteri saya sebagai guru kafa atau guru agama..isteri sekarang sedang mengajar di kampung halaman di kelantan di sekolah rendah tawang bachok dan isteri sudah mengajar menjadi guru ganti dan kafa selama setahun lebih..isteri berkelulusan Ijazah quran sunnah pengurusan maklumat dari USIM..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..saya sedang mecari kerja untuk isteri saya sebagai guru kafa atau guru agama..isteri sekarang sedang mengajar di kampung halaman di kelantan di sekolah rendah tawang bachok dan isteri sudah mengajar menjadi guru ganti dan kafa selama setahun lebih..isteri berkelulusan Ijazah quran sunnah pengurusan maklumat dari USIM..kalau ade pape bolehla bg contact or email kat sy kt email wzaharah50@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. boleh bg no. tel van sekolah sek 7? boleh wassap kat 0145323605

    ReplyDelete