Search This Blog

Friday, September 20, 2013

Cerekarama time with Harith dan Pau Kacang lagi dan lagi

Assalamualaikum..





Ok ini makanan ruji dia. Pau Kacang. Kat rumah satu minggu kena ada 2 pack. Abis tu macam mana, satu hari makan dua biji.. kiralah sebulan berapa biji? Tauke kedai tu pun dah kenal Jak..Bila stok pau kacang baru sampai dia SMS jak bagitau stok dah sampai. Tak jemu-jemu dia makan. Rasanya dari awal tahun macam ni. 

Bila masa lapang ada can tengok tv ok jugak layan cerekarama. Harith pun join sama. Tapi tengok dengan dia memerlukan kesabaran yang tinggi. Mana taknya, kejap-kejap tanya itu ini, mak kenapa jadi macam tu, mak kenapa dia nangis..lama-lama malas nak layan aku jawab mana mak tau, cuba tanya dia. hihi.tapi bila aku jawab macam tu dia boleh fire balik kat mak dia nanti..aku dah kena, menyesal sekejap mak jawab macam tu. Tapi bila tengok part yang sedih, dia kata saya macam nak menangis la.hihi

Last week sempatla tengok cerekarama yang tajuk "Walau Air Mata Darah". Yang pelakon dia Nadia Nisaa dan Fizz Fairuz tu. Tapi aku lagi 1/2 jam nak habis aku dah tak sedar, tertido. Sedar-sedar Harith dah tutup tv. Esoknya masa tengah makan dengan Harith dia cerita pasal cerekarama semalam. Dia ingat pulak tu semua watak, Irfan, Sue, suami baru sue..hihihi..klaka la.

Yang lagi kelakar aku tanya macam mana ending dia. Dia kata Su kawin dengan suami baru dia, tapi taknak berpisah sebab suami dia baik.Pastu dia kata Su sakit perut, Irfan dermakan hati?????? Eh..apa ni. pastu baby dia tak dapat diselamatkan..hahhahha.ok mak tak pahamm Sukatilah nak..hihihi

Hari tu aku ada tertengok buku latihan BM dia, ada karangan tajuk "Apa saya buat semasa cuti sekolah". Dia cerita yang mak dan saya balik kampung tapi abah tak ikut sebab abah saya sabtu ahad kerja..hihihi.. comel lah dia ;) Ada la lebih kurang satu muka surat karangan dia..very pure dari hati seorang budak umur 8 tahun..alololo..mak ingat nak record buku tu tapi mak cari dalam beg harith tak ada maybe buku tu pada cikgu.


No comments:

Post a Comment