Search This Blog

Wednesday, October 9, 2013

Madu untuk pesakit asthma




Assalamualaikum

Harith memang ada penyakit asma sejak umur dia setahun. Kadang-kadang bergantung pada cuaca, kalau hujan dan cuaca sejuk penyakit ni memang senang menyerang harith. Dulu-dulu takut sangat kalau dia kena asma, rasa nak pergi klinik terus. Ingat lagi kalau masa dia kecik 2-3 tahun kalau kena attack, kalau masa tu Jak kerja aku call terus suruh balik sebab kadang-kadang bagi ubat pun tak jalan. Kena amik gas kat klinik.

Tapi sekarang dah ok sikit. Tak tau kenapa maybe sebab dia dah besar sikit. Lagipun Jak hari-hari bagi dia madu yang campur habatussauda dan Za'faran. Kita orang dah try bermacam-macam jenis madu dan setakat ni madu ni yang paling effective. Pernah Jak tukar madu jenis lain, asthma dia datang balik.
So, aku percaya pada madu ni je buat masa ni.Jak selalu bagi pagi sebelum pergi sekolah, campur dengan air. Tapi kalau masa Harith kena batuk plus selsema, Jak tak campur air, bagi camtu je terus. Cepat baik batuk dia.

Harap-harap penyakit ni dapat hilang terus di masa akan datang. Sebab kalau kena attack memang effect sekolah dia, pelajaran dia. Ingat lagi masa 1st day nak masuk darjah 1 dia tak dapat sekolah sebab asthma. 2nd day baru sekolah itupun kita orang prepare inhaler dan ubat dia untuk bawak ke sekolah. Memang risau la as parents kalau anak sakit. In-syaallah..akan terus amalkan madu ni untuk harith. Semoga harith terus sihat.. aminn


Wednesday, October 2, 2013

Blessed Birthday 22 Sept 2013


Assalamualaikum

Alhamdulillah..dipanjangkan umur setahun lagi. Terima kasih jugak pada ucapan-ucapan dan birthday present dari family & friends.Saya berharap dengan umur ini dapat saya memanfaatkan dengan perkara-perkara baik dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya dan keberkatan-Nya.Semoga dapat menjadi anak dan isteri yang solehah.Tidak ada yang paling membahagiakan selain daripada berada di dalam lingkungan orang-orang yang menyayangi kita.Aminn

Tuesday, October 1, 2013

Weekend bersama family

Weekend lepas pulang ke kampung jenguk mak dan abah. Mak dan abah alhamdulillah sihat. Nasib baik ada adik bongsu, Ebok meneman mereka di kampung. Bolehla diharap ke kedai kalau ada barang dapur yang kurang.Oleh kerana bertolak agak lewat sampai di kampung lebih kurang pukul 2.30pagi. Kadang-kadang sangat pelik di lebuhraya Utara Selatan area Seremban Senawang memanjang jem di hujung minggu tak kira waktu.

Bangun pagi keluar rumah sejuk terasa embun pagi.Keluar rumah nampak bunga-bunga mak segar-segar semua. Aku keluar dengan adik naik motor cari sarapan.Nampak kat dapur mak tengah buat roti canai.Aku singgah gerai makcik yang jual nasi lemak dan kuih muih. Nasi lemak sebungkus masih seringgit. Kuih-muih pulak 4 biji seringgit. Murah kan. Sedap-sedap pulak tu.

Sebenarnya bila balik kampung aku kurang gemar keluar ke tempat lain. Lagi suka habiskan masa kat rumah, pusing keliling rumah, tengok kucing, ayam mak, bunga-bunga mak.Tengok mak masak, tolong mak kat dapur dan kadang kadang tolong kemas rumah.Kalau ada anak sedara yang darjah 3, si Syirah dia suka tolong vacum, mop lantai.

Aku keluar ke kedai runcit nak beli barang barang basah nak masak.Macam-macam menu dah ada dalam kepala..hihihi. Lepas tu masak dengan mak kat dapur.

Kalau kat kampung ni selera lain macam sikit. Asyik terasa nak makan je. bahaya ni.

Petang abah cadang nak ambil cucu-cucu di rumah nenek mereka di Aping. Kat atas tu la gambar diaorang. Kesian cuti-cuti hujung minggu ibu ayah kerja. Bila kami datang ambil semua suka gila. Nampak kami sampai dah melompat-lompat. Sempat singgah pasar malam dia orang nak minum ice blended, nak makan nugget, nak makan roti boom. Macam-macam. Si kecik Mia, ikut je jalan tak banyak bising, tak pandai mintak itu ini. Dulu kalau Harith kat tempat mainan tu dia berdiri lama-lama siap nangis-nangis kalau tak dapat mainan.Aku tengok adik beradik ni sangat berdikari. Kakak kemas baju-baju, susu adik. masing-masing jaga adik.

Malam pulak aku sempat tolong dia orang buat kerja sekolah. Terpikir pulak selama ni siapa ajar dia orang buat homework kalau tinggal dengan atuk nenek. Kesian pulak.

Hari Sabtu yang sangat padat aktiviti dengan anak-anak sedara. Ahad pulak pagi-pagi dah balik ke Shah Alam.Rasa sangat singkat bersama mereka semua.

Friday, September 20, 2013

Cerekarama time with Harith dan Pau Kacang lagi dan lagi

Assalamualaikum..





Ok ini makanan ruji dia. Pau Kacang. Kat rumah satu minggu kena ada 2 pack. Abis tu macam mana, satu hari makan dua biji.. kiralah sebulan berapa biji? Tauke kedai tu pun dah kenal Jak..Bila stok pau kacang baru sampai dia SMS jak bagitau stok dah sampai. Tak jemu-jemu dia makan. Rasanya dari awal tahun macam ni. 

Bila masa lapang ada can tengok tv ok jugak layan cerekarama. Harith pun join sama. Tapi tengok dengan dia memerlukan kesabaran yang tinggi. Mana taknya, kejap-kejap tanya itu ini, mak kenapa jadi macam tu, mak kenapa dia nangis..lama-lama malas nak layan aku jawab mana mak tau, cuba tanya dia. hihi.tapi bila aku jawab macam tu dia boleh fire balik kat mak dia nanti..aku dah kena, menyesal sekejap mak jawab macam tu. Tapi bila tengok part yang sedih, dia kata saya macam nak menangis la.hihi

Last week sempatla tengok cerekarama yang tajuk "Walau Air Mata Darah". Yang pelakon dia Nadia Nisaa dan Fizz Fairuz tu. Tapi aku lagi 1/2 jam nak habis aku dah tak sedar, tertido. Sedar-sedar Harith dah tutup tv. Esoknya masa tengah makan dengan Harith dia cerita pasal cerekarama semalam. Dia ingat pulak tu semua watak, Irfan, Sue, suami baru sue..hihihi..klaka la.

Yang lagi kelakar aku tanya macam mana ending dia. Dia kata Su kawin dengan suami baru dia, tapi taknak berpisah sebab suami dia baik.Pastu dia kata Su sakit perut, Irfan dermakan hati?????? Eh..apa ni. pastu baby dia tak dapat diselamatkan..hahhahha.ok mak tak pahamm Sukatilah nak..hihihi

Hari tu aku ada tertengok buku latihan BM dia, ada karangan tajuk "Apa saya buat semasa cuti sekolah". Dia cerita yang mak dan saya balik kampung tapi abah tak ikut sebab abah saya sabtu ahad kerja..hihihi.. comel lah dia ;) Ada la lebih kurang satu muka surat karangan dia..very pure dari hati seorang budak umur 8 tahun..alololo..mak ingat nak record buku tu tapi mak cari dalam beg harith tak ada maybe buku tu pada cikgu.


Friday, September 6, 2013

Suka melepak bilik Harith

Tak tau la kenapa mak dan abah suka sangat lepak bilik anak ni. Bilik dia dah la kecik, sempit, mak abah lagi nak menyelit.. hahhaha..suruh anak tidur bilik sendiri alih-alih mak abah pulak tido sekali.. terbalik ni.

Semalam kan Harith tak berapa sihat.Tapi macam biasa, aku tepuk tepuk dia tidur dan aku mesti tertidur sekali. Biasanya Jak akan kejut soh masuk tidur kat bilik. Tapi semalam dia kejut aku bawak bantal 2 biji. Yang, ni bantal..pastu aku tengok dia bawak bantal dia selit tepi harith. Sedar-sedar aku dah tidur atas karpet, harith tolak aku sebab dia sempit abah dia kat sebelah. Sakit-sakit badan aku bila bangun pagi ni..hihihi..macam mana ni. soh anak tidur sendiri pastu malam-malam selit tido kat anak.

Tapi kan aku perasan bilik Harith best pulak. kecik tapi rasa luas. Kadang-kadang dia bebel..apa ni mak ni asyik duduk bilik saya.. alololo..Pagi tadi dia bising kata dia tido senget sebab abah ada kat sebelah.Oh.. hari ni dia cuti lagi semalam cirit birit sampai penat dia.Harap-harap hari ni dah ok sikit.

Thursday, September 5, 2013

Harith tak sihat

Pagi tadi kejut harith bangun, muka dia macam nak nangis. Suruh dia mandi dan siap pergi sekolah. Dia mandi macam biasa. Lepas tu dia breakfast minum dan makan pau. Tapi makan tak habis, aku marah lah dia, kenapa makan tak habis? Dia sambil baring kat sofa kata sakit perut. Tapi aku tengok dia ok je, so aku buat tak layan dia.

Masa nak keluar kat kereta dia salam abah dia, Jak cium dia, rasa badan dia macam panas sikit.Hujan pulak tu pagi tadi. Sampai office aku rasa tak sedap hati. So, aku call guru kelas dia suruh tengokkan dia. Sekali cikgu kata badan dia panas dan hantar dia pergi bilik rawatan. So aku telefon Jak suruh ambil dia kat sekolah. Selepas dah pergi klinik, aku call Harith tanya dia rasa macam mana, demam lagi tak, sakit tekak ke,, dia kata tak sakit tekak tapi sakit perut, dia tanya kenapa aku marah dia pagi tadi, dia kan dah kata dia sakit perut. Alamak.. terus mintak maaf kat dia.Ingatkan dia sengaja buat malas-malas taknak pegi sekolah rupanya betul-betul sakit.Rasa bersalah betul jadi mak macam ni.

Sorry ye sayang mak..kang balik mak beli lego chima..;)


Wednesday, September 4, 2013

Lamanya tak menulis

Nak kata sibuk tak juga sebab sekarang hanya ada satu batch training yang sedang berjalan dan akan habis hujung bulan ni. Tapi biasalah malas nak login..malas nak type..hihihi

Minggu lepas, abang aku Edy dan keluarga datang termasuklah adik, Emy dari Johor. Penuhla rumah aku , nasib baik area sini tak ada gangguan air macam sesetengah kawasan.Sabtu semua orang keluar jalan-jalan. Memandangkan Jak keje aku tak ikut diaorang berjalan. Aku macam bibik je la sibuk kat dapur masak untuk ramai tetamu.Aku suka sebenarnya masak banyak-banyak. habis pulak tu. Kalau kami bertiga je, semua makan sikit so, selalu lauk tak habis.Ni bila ramai yang datang happynya masak sebab mesti licin.Bising lah rumah aku hari tu dengan riuh rendah anak-anak sedara.

Petang Sabtu sempat pergi kerumah jiran ada yaasin dan open house. Malam pulak open house rumah kakak Jak, Kak ngah. Kenyang sangat, Jak kata dia senak perut..hihihi.

Minggu ni apartment aku ada buat open house, walaupun raya dah habis..hihi..makannnn lagiiiii ;) dengarnya menu sate, nasi hujan panas, ada gerai kuew tiaw. kambing???? oh tidakkkk (sambil tengok perut)