Pagi tadi kejut harith bangun, muka dia macam nak nangis. Suruh dia mandi dan siap pergi sekolah. Dia mandi macam biasa. Lepas tu dia breakfast minum dan makan pau. Tapi makan tak habis, aku marah lah dia, kenapa makan tak habis? Dia sambil baring kat sofa kata sakit perut. Tapi aku tengok dia ok je, so aku buat tak layan dia.
Masa nak keluar kat kereta dia salam abah dia, Jak cium dia, rasa badan dia macam panas sikit.Hujan pulak tu pagi tadi. Sampai office aku rasa tak sedap hati. So, aku call guru kelas dia suruh tengokkan dia. Sekali cikgu kata badan dia panas dan hantar dia pergi bilik rawatan. So aku telefon Jak suruh ambil dia kat sekolah. Selepas dah pergi klinik, aku call Harith tanya dia rasa macam mana, demam lagi tak, sakit tekak ke,, dia kata tak sakit tekak tapi sakit perut, dia tanya kenapa aku marah dia pagi tadi, dia kan dah kata dia sakit perut. Alamak.. terus mintak maaf kat dia.Ingatkan dia sengaja buat malas-malas taknak pegi sekolah rupanya betul-betul sakit.Rasa bersalah betul jadi mak macam ni.
Sorry ye sayang mak..kang balik mak beli lego chima..;)
No comments:
Post a Comment