Search This Blog

Monday, August 5, 2013

Ramadan menyatukan kita semua

Tahun ni rasa cepat betul bulan Ramadan. Hari ni 27 Ramadan..Sudahkan Malam Lailatul Qadar? Pagi tadi terdengar Ustaz Wan Shohor kat KLfm.Yang penting kata ustaz tanda-tanda nya ada 2 samada yang kita 1. mimpi atau 2. melalui pancaindera, nampak cahaya dari langit atau terdengar bisikan.Tapi kalau dapat tahu malam lailatul qadar tapi tak beramal pun tak guna juga kan. Yang penting amalan kita pada malam tersebut. Seperti kata Ustaz Izhar Jamali, beibadat macam biasa, terawih dan tambah bangun malam untuk solat sunat..In shaa allah kita dapat.

Oh.. sabtu lepas komuniti kami mengadakan Majlis Khatam Al-Quran.Seronok rasanya dapat khatam tahun ni. Harap-harap dapat teruskan untuk tahun depan.






Esok dah balik kampung, malam ni last solat terawih kat sini.. Malam esok dah kat johor pula.. seronoknya
Semoga Ramadan tahun ini memberi seribu keberkatan untuk semua.Lepas ni rindu nak Terawih. Tadarus, rindu kawan-kawan, maklumla hari biasa susah nak jumpa.. Ramadan ni menyatukan kita semua. 

No comments:

Post a Comment