Search This Blog

Friday, January 10, 2014

Selalu gagal percubaan membuat Roti

Assalamualaikum,

Dah lebih dari 3 kali try buat roti tak jadi, keras roti makcik ni. kenapa ya. Biasa google je resepi.. bila fail 1st time tukar resepi lain, gagal lagi, tukar resepi lain. Tapi kan anakanda Harith suka makan roti mak walaupun tak lembut. hihihi.. Harith la setia dengan masakan mak, walau pun sekadar ayam masak kicap..hahhahha.. Ayam masak kicap bagi dia dah sedap sangat dah.. muahahhaha

Hari ni sempena saya bercuti, dan Harith dah request roti sejak dua tiga hari lepas, mak dah neves nak buat roti takut keras lagi macam yang lepas-lepas, maka saya gigih meroti buat yang entah ke sekian kali. Guna resepi yang berbeza lagi.. kali ni saya tak ikut resepi bulat-bulat just agak-agak je.. lebih kurang macam ni

1) Pakai tepung pau dalam 300 gm kot (agak-agak je) - cari tepung roti tak jumpa kat kendai runcit
2) letak gula sikit 
3) Yis sesudu + setengah cawan air  + susu pekat
4) Telur sebiji
5) Marjerin sesudu

Aku uli semua lepas tu, biarkan doh sejam.. dah kembang aku bulat-bulatkan pastu tunggu naik 2 kali ganda pastu masuk oven dalam 20 minit. siap.. Tak sangka jadi lembut..Atas je scary sikit sebab agak burn.hihihi


Bangga mak dapat buat roti untuk anak kesayangan.. Kang mak try and error untuk pau kacang pulak ye.. Eh..mana nak beli inti kacang merah yang hebat ye.. hihihi

No comments:

Post a Comment