Search This Blog

Thursday, January 30, 2014

Kinetic Sand untuk Harith


Assalamualaikum,

Early Birthday present untuk Harith... Asyik asyik dengan Lego dan Tablet, meh main benda yang seronok ni..Kinetic Sand..Ciri-ciri dia:- tak melekat kat tangan, 98% daripada pasir, Tak akan kering bila main.

Sangat bagus untuk tumbesaran daya sensori dan kognitif anak-anak. 



Yang ni berat dia 1 kg je. ada berat yang 5 kg..lagi best.hihihi




Pengalaman Temuduga Kerja

Assalamualaikum,

Nampaknya berdebar juga bila nak di interview. Maklumlah dekat 9 tahun tak pergi interview. Tak tidur malam dibuatnya. Sehari sebelum study pasal company yang berkaitan. Hafal apa yang patut. hihihi.. Tapi kan,dia orang tak tanya pun pasal apa yang kita tahu mengenai company tu. Tapi kalau tahu background company yang berkaitan bagus sebenarnya so lebih kurang kita tahu bidang kerja kita macam mana dan tahu organizational chart company.

Maybe sebab kita dah ada experience kerja yang agak lama, biasa interviewer berminat nak tahu apa skills and knowledge yang kita ada sekarang. Apa kita buat kat company sekarang. Apa Strengths & Weaknesess kita..maybe boleh kata kita fast learner, willing to learn, commitment kita, dan yang paling penting attitude kita. Dari 3 company yang aku pergi semuanya tanya soalan yang lebih kurang je. Dia cuma nak tahu korang orang yang macam mana. Ada satu company yang aku pergi ni, dia lebih berminat tanya pasal diri kita sebab dia nak kenal lebih dengan 'bakal colleagues' dia. Kalau korang attend banyak interview, ambil peluang improve apa yang kurang/tak ada. Macam aku, ada skill-skill yang kita ada tapi tak letak dalam resume. rugi tu, kita patut letak semua.

Ada company yang ada assessment nak kena buat. So, advice datang awal boleh prepare dan tak kelam kabut. Hari tu aku ada kena buat assessment dan satu essay in english. Dah macam exam pulak. Mostly semua nak tengok grammar kita kot. 

Last but not least muka kena confident, pay attention dan focus pada apa yang interviewer cakap ok.
Datang awal, survey tempat interview. Biasa akan ada seorang atau 2 interviewer. Sorang dari HR.
Lagi ramai interviewer, lagi la bertalu-talu soalan..perghhh.. Ok selamat berjuang especially untuk diri sendiri.. muahahhaha ;)

Thursday, January 23, 2014

Orang Tua kita..

Bagi mereka yang masih ada mak ayah di kampung pernah tak tetiba korang balik mak abah takde, gi kenduri ke atau keluar kemana- mana. Mesti rasa sunyikan...cari cari mana mak abah pergi. Masa abah aku masuk hospital dulu mak jaga abah, kita org adik beradik balik rumah rasa sunyi sangat..aku tak boleh tido malam.Sebelum pergi melawat kat hospital, aku masak dulu untuk adik adik kat rumah, kena ambik tanggungjawab mak pulak..lepas tu bawak bubur untuk abah.Berapa kali tanya tanya doktor bila abah boleh keluar, tak sabar nak bawak abah balik.

Aku ada nampak kat facebook yang ada pakcik bawak motor bawak anak dia daftar kat ipta, aku teringat dulu abah pernah hantar aku balik hostel kat jb naik motor, dengan bawak beg besar dengan bekal dari mak lagi..adoii sedih bila teringat..masa tu kereta abah masuk bengkel. Pernah sekali aku nak balik Serdang terlepas bas, abah kejar bas dari kota smpi kulai. Nasib baik masa tu naik kereta.ngam ngam bas berhenti kat hentian bas kulai,aku terus naik bas. Pernah jugak bila kadang kadang cuti perayaan tiket bas abis, abah gigih hantar aku balik Serdang walaupun aku tau duit cukup cukup je untuk tol dan minyak..ala sedih bila teringat pengorbanan orang tua kita..Masa kecik kecik dulu walau susah kita bahagia je kan..ni abah dah pencen, biarlah dia ngan mak happy dengan duit anak anak bagi, dengan cucu cucu..biarlah diaorang rehat dan beli apa yang teringin, pergi mana mana yang diaorang suka..harap mak abah sentiasa di lindungan-Nya..

Sunday, January 19, 2014

Lupakan semalam teruskan kehidupan

Assalamualaikum,

Minggu lepas adalah minggu terakhir di office.Sangat busy kemas dan sangat penat. Dapat pulak berita yang tak happy, rasa macam dikhianati pun ada.Macam pengorbanan di sini sia-sia. Tak apa, kehidupan mesti diteruskan.Harap harap Allah gantikan dengan yang lebih baik.Aminn

Nasib baik ada kawan yang datang menceriakan. Thanks Carol!. Release tension sikit. Lunch pulak asam pedas perghhh n dgn air kedondong asam boi rasa lega sikit...

Minggu ni start sebagai housewive sementara masih meng'apply' mana mana vacancy di shah alam. Alhamdulillah masih ada yang prihatin dengan situasi aku sekarang..Situasi ni jugak banyak mendekatkan aku dengan Sang Pencinta...aku banyak masa kat rumah, bolehla buat solat solat sunat yang selalu missed.

Selasa ada interview kat kelana jaya..wish me luck!

Friday, January 10, 2014

Perkongsian: Tanda-tanda Kiamat (Hadith ke 43 -46)

Assalamualaikum,

Sempat saya catatkan point-point masa program Cinta Ilmu - Akidah & Falsafah oleg Ustaz Badli Shah..
Antaranya yang sempat saya catat:-

Hadith 43 - Di antara tanda-tanda Kiamat dah dekat, Sedikitnya lelaki dan ramainya wanita sehinggakan untuk 50 wanita hanya seorang lelaki yang menguruskannya.
- Menurut banci penduduk tahun 2010, Lelaki masih dominan : ratio 984 wanita :1000 lelaki
- Negeri yang paling ramai lelaki - Pahang
- Negeri yang paling sedikit lelaki - Putrajaya dan perlis

- Untuk seimbangkan dengan fakta dan hadith kita rujuk para ulama'
Menurut Imam Nawawi:-
1) Simboliknya - banyak peperangan akan berlaku dan banyak lelaki terkorban
2) Banyaknya penaklukan yang bakal berlaku, ramai tawanan wanita

Hadith 44 - Banyaknya kematian yang mendadak dan mengejutkan

Hadith 45 - Manusia tidak saling kenal mengenal lagi
- Sesungguhnya sebelum terjadi kiamat akan terjadi pelbagai fitnah
- Di akhir zaman akan ada beberapa kaum besaudara secara zahir tetapi hati mereka bermusuhan.
- Kita memang khilaf dari segi ilmu tapi jangan kita khilaf hati . Jangan jadi "hatters"

Hadith 46 - Tanah Arab kembali hijau dikelilingi sungai-sungai dan tumbuh-tumbuhan
- Para Ulama; tidak mengulas dalam konteks semasa.
- Menurut Imam Nawawi, orang Arab aklan meninggalkan dan enggan menguruskan tanah mereka
- Contoh : berlaku peperangan dan penaklukan
 3 Persoalan:-
1) Tanah Arab kembali hijau ( menunjukkan tanah arazb pernah hijau suatu masa dahulu)
2) Tanah Arab penuh dengan tumbuh-tumbuhan
3) Akan wujud sungai-sungai di tanah arab

- Menurut kajian geologi menunjukkan tanah arab pernah subur suatu masa dahulu dan dengan penemuan tulisan-tulisan kuno di kawasan padang pasir Arab saudi menunjukkan tempat tersebut pernah ada peradaban yang sangat maju.


Selalu gagal percubaan membuat Roti

Assalamualaikum,

Dah lebih dari 3 kali try buat roti tak jadi, keras roti makcik ni. kenapa ya. Biasa google je resepi.. bila fail 1st time tukar resepi lain, gagal lagi, tukar resepi lain. Tapi kan anakanda Harith suka makan roti mak walaupun tak lembut. hihihi.. Harith la setia dengan masakan mak, walau pun sekadar ayam masak kicap..hahhahha.. Ayam masak kicap bagi dia dah sedap sangat dah.. muahahhaha

Hari ni sempena saya bercuti, dan Harith dah request roti sejak dua tiga hari lepas, mak dah neves nak buat roti takut keras lagi macam yang lepas-lepas, maka saya gigih meroti buat yang entah ke sekian kali. Guna resepi yang berbeza lagi.. kali ni saya tak ikut resepi bulat-bulat just agak-agak je.. lebih kurang macam ni

1) Pakai tepung pau dalam 300 gm kot (agak-agak je) - cari tepung roti tak jumpa kat kendai runcit
2) letak gula sikit 
3) Yis sesudu + setengah cawan air  + susu pekat
4) Telur sebiji
5) Marjerin sesudu

Aku uli semua lepas tu, biarkan doh sejam.. dah kembang aku bulat-bulatkan pastu tunggu naik 2 kali ganda pastu masuk oven dalam 20 minit. siap.. Tak sangka jadi lembut..Atas je scary sikit sebab agak burn.hihihi


Bangga mak dapat buat roti untuk anak kesayangan.. Kang mak try and error untuk pau kacang pulak ye.. Eh..mana nak beli inti kacang merah yang hebat ye.. hihihi

Thursday, January 2, 2014

Hari Pertama Sekolah 2014, Harith

Assalamualaikum,

Hari ni hari pertama Harith naik sekolah tahun 2014, dah darjah 3 anak mak ni. Semalam dia excited tak sabar nak ke sekolah jumpa kawan-kawan, susah dia nak tidur semalam dan asyik terjaga-jaga. Tersedar dia masuk bilik kami pukul 3 dan menyelit tidur di tengah-tengah mak abah.Pagi ni terbangun lambat dan kelam kabut sikit. Nasib baik aku cuti.Cepat-cepat buat sarapan dia dan prepare bekal ke sekolah. Biasa pagi-pagi memang macam ni, kecoh sikit tapi bila dia dah pergi sekolah, senyap terus. Ni aku cuti pun tak tau nak buat apa ni. tengah tunggu washing machine siap pusing,nak masak apa pun tak tau..dah pening makcik masak hari-hari.hihihi

Semalam pergi bayar yuran dia kat sekolah. Sekolah SRAI ni kena bayar guna money order or postal order. So, patutnya awal-awal dah pergi pejabat pos buat money order. Tahun ni sebab surat yuran tu ambil lambat kat sekolah tak sempat buat awal.Aku teringat tahun lepas ada van Pos Malaysia datang kat sekolah. So, semalam kami ke sekolah buat postal order. senang je kan, Pos Malaysia bergerak ada.Lepas tu pergi dewan bayar yuran ikut kelas. Jumpa guru kelas Harith, cikgu baru nampaknya. Tanya cikgu bila buku tulis dapat sebab SRAI biasa lambat dapat buku tulis. Cikgu kata esok boleh dapat buku. First day cikgu kata cuma bawa alat tulis dan pensil warna je sebab jadual pun tak keluar lagi.Ok cikgu baiklah..