Alhamdulillah masih diberi peluang oleh-Nya untuk Ramadhan ini. Semoga dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan sempurna dan menjadi muslim lebih baik dari tahun sebelumnya. Aminnn
Sangat excited tahun ni kawan-kawan, semangat turun Terawih awal takut dapat saf belakang-belakang. Lepas Terawih dapat Tadarus dengan group Tadarus. Kami dapat Juzuk 1-5 alhamdulillah. Seronok juga dapat jumpa kawan-kawan di surau. Tapi hati sebak bila teringat arwah kak siti, jiran kami yang meninggal dunia tahun lepas.Teringat aku kadang-kadang sebelum atau selepas Terawih tahun lepas aku singgah tengok dia kat rumah. masa tu dia dah tak larat sangat, sakit, baring je.Tahun ni dia dah tak ada.. sedih.
Pagi tadi agak susah nak kejutkan Harith bangun sahur. Dalam kepayahan dia bangun juga dan aku suapkan dia nasi. dia kata "saya ni mengantuk sangat mak" . aku kata tak apa, makan kejap, minum air mkn kurma lepas tu sambung tidur ya". Sek. Agama Integrasi cuti hari ni sempena 1st day Ramadhan. Semoga Harith diberi ketahanan sampai waktu berbuka nanti.Tak tahula apa nak masak untuk berbuka nanti. Tengok mood la kan ;)
No comments:
Post a Comment