Search This Blog

Tuesday, August 13, 2013

Kenangan Syawal 2013

Tema tahun ni hijau. Sebenarnya aku tak tempah baju hijau tahun ni tapi sebab harith dah berkenan warna hijau terpaksalah ikut tema dia. Baju ni aku beli dah siap kat PKNS, actually baju masa wedding yana kat Melaka. tapi aku suka baju ni,kain dia lembut, jatuh, harga cuma RM75.00. hihihi. Baju Jak pulak baju raya 3 ke 4 tahun lepas..hihihi. jadilah tu kan.

Tahun ni turn raya kat Kota Tinggi.. aku yang balik paling awal adik-adik masih kerja, kiki dan ului malam raya baru sampai. Raya tahun ni aku masak ayam masak merah dan kuah kacang. mak masak lodeh dan sambal goreng. abah n adik-adik masak ketupat dan rendang.Oh ya, mak macam biasa menu setiap tahun ketupat palas. favourite edy n ijam.


Macam biasa raya kerumah mak long, makcik, moksu, atuk ngah dll.. rumah mak lang kat pontian tak sempat pegi

Raya kedua pagi dah balik Muar. seronok rasanya berkumpul ramai-ramai. Pada aku raya ni yang penting balik kampung..Jumpa keluarga, saudara mara yang jarang-jarang dapat jumpa kan. Aku tahun ni satu kuih raye ke kerepek, kek semua tak beli.. tapi balik dari kampung bawak bermacam-macam buah tangan dari mak dan mak mertua.. mewah makanan.. hihihi.

Semalam dapat tahu berita sedih, anak kepada sepupu husband mati lemas di terengganu. Baru jumpa mayat malam tadi pukul 7.30mlm. Berita kehilangan ni memang sedih lagi-lagi di hari raya saat kita masih lagi mood raya. Kehilangan besar family, dia anak sulung lelaki pulak tu. Harap-harap abang nik dan kak ba'i tabah menghadapi dugaan ini.. Al-Fatihah


Monday, August 5, 2013

Ramadan menyatukan kita semua

Tahun ni rasa cepat betul bulan Ramadan. Hari ni 27 Ramadan..Sudahkan Malam Lailatul Qadar? Pagi tadi terdengar Ustaz Wan Shohor kat KLfm.Yang penting kata ustaz tanda-tanda nya ada 2 samada yang kita 1. mimpi atau 2. melalui pancaindera, nampak cahaya dari langit atau terdengar bisikan.Tapi kalau dapat tahu malam lailatul qadar tapi tak beramal pun tak guna juga kan. Yang penting amalan kita pada malam tersebut. Seperti kata Ustaz Izhar Jamali, beibadat macam biasa, terawih dan tambah bangun malam untuk solat sunat..In shaa allah kita dapat.

Oh.. sabtu lepas komuniti kami mengadakan Majlis Khatam Al-Quran.Seronok rasanya dapat khatam tahun ni. Harap-harap dapat teruskan untuk tahun depan.






Esok dah balik kampung, malam ni last solat terawih kat sini.. Malam esok dah kat johor pula.. seronoknya
Semoga Ramadan tahun ini memberi seribu keberkatan untuk semua.Lepas ni rindu nak Terawih. Tadarus, rindu kawan-kawan, maklumla hari biasa susah nak jumpa.. Ramadan ni menyatukan kita semua. 

Monday, July 29, 2013

Klinik Pergigian Seksyen 7 Shah Alam

Gigi aku ari tu 3 hari sakit tak boleh nak makan. Jadi terfikir nak try klinik pergigian kerajaan sebab sebelum ni selalu pergi klinik private je. Sekali cabut gigi RM80.00. Sebelum pergi aku call dulu klinik pergigian ni. Dia kata boleh datang hari Isnin - Khamis, 8 pagi - 12 tgh. Tak ada appointment pun. Kalau private kena buat appointment. So, aku pergi hari Khamis sampai sana dalam pukul 8.10 pagi. Klinik pergigian ni kat tingkat 1. Memula masuk aku macam lost sikit nasib baik ada satu staff approached aku. dia tanya boleh saya bantu puan. Aku pun cakapla, saya nak pergi klinik gigi. Oh, Klinik gigi kena naik tingkat 1, kat bawah ni klinik pesakit luar. Wah, bagus la staff sini.

Bila aku naik Tingkat 1, kena register sebab aku tak pernah datang. Register RM1.00 je. Tak lama lepas tu nombor aku sampai. masuk bilik No.3. aku tengok ada 5 bilik. masa aku datang patient tak ramai lagi ada la 3-4 orang. Masuk dalam, doktor kata gigi aku kena cabut tak boleh nak tampal dah.Aku kata ok. Sama je procedure macam klinik private, dia bius 2 tempat then tunggu sekejap sebelum cabut.8.45 aku dah siap. Siap dapat MC lagi. hihihi.

Bila aku keluar dah ramai orang kat ruangan menunggu. Tapi aku rasa okla sebab urusan dia cepat dan ada 4-5 doktor. Lepas cabut bayar RM1.00 lagi. Keseluruhannya aku rasa sangat ok dah klinik gigi sekarang. Selalu baca review tak berapa nak bagus. Tapi bila experience sendiri sangat puas hati. Pukul 9 lebih aku dah sampai rumah. Doktor suruh datang untuk cuci gigi so aku ingat nak pergi lepas raya.




Harith & Puasa

Tahun ni tahun ke 3 Harith berpuasa. Kadang-kadang kesian tengok dia macam tak larat, baring je. Bila aku suruh buka, harith tak wajib puasa lagi tak apa.. dia taknak pulak, kata dia kalau puasa dapat pahala.. ;)

Bila dah waktu berbuka, dia makan sikit je tapi minum air banyak.bergelas-gelas.Makin kurus anak mak :(

Aktiviti dia masa cuti main lego. Kita orang pergi Mr DIY shop beli lego murah-murah. Bila asyik dia pasang lego takdela rasa penat sangat.





Monday, July 15, 2013

Kurang Sihat

Start Sabtu aku dah rasa lain macam, tekak sakit dan badan rasa suam-suam." Nasib baik bendera merah" so aku makan ubat, tido.nak makan pun rasa tak selera sangat. Tapi Sabtu sempat kumpul untuk kumpulan Tadarus.walaupun tak boleh baca boleh tolong kawan-kawan betulkan bacaan sikit-sikit.

Petang tu kami berbuka puasa rumah Kak Ngah, mak mertua ada sana. Jadi seronok buka puasa ramai-ramai. Kalau tak kami bertiga agak bosan. Pergi Pasar Ramadhan kat Desa Pandan. panjang nya, sakit kaki berjalan, bersesak-sesak dengan hujan lagi, adoii.. tak selesa rasanya. sempat la beli kuih-kuih dah lauk sikit. Pada aku kalau dapat masak bagus la kan tak payah sibuk pergi Param. Tapi Jak suka beli-beli kuih ni. Semalam aku surrender tak dapat nak ikut dia, badan dah penat lepas masak, so dia pergi dengan Harith.

Semalam pergi pasar tengok harga ayam Rm8.50. amboi kemain lagi ko naik. sblm ni 6.50 - 7.50. bila RM7.50 tu pun aku dah rasa mahal. beli je la kan.macam mana nak boikot pun, Harith suka ayam..kalau boikot kat pasar pun bila kat param pun ko beli ayam kan.. hihihi..pelik betul menteri yang suruh tukar jangan makan ayam. Aku tengok kat pasar ikan pun kurang.. udang biasa tu sampai 30++ pun.

Semalam menu aku, Sup tulang, sambal tempe, kambing bakar (beli yang dah siap marinate, tinggal nak bakar je), Jak nak nasi impit makna dengan serunding daging.. sedapnya sejuk-sejuk makan sup tulang panas-panas.. baru selera sikit.

Semalam lepas buka je badan aku dah tak larat dah. ingat hari ni aku dah mc dah tapi alhamdulillah Allah bagi kesihatan untuk aku. Lepas buka je aku telan ubat selsema, demam, terus tido. tersedar pukul 9 harith kejut tapi tak larat buka mata. Kejap-kejap laki aku masuk rasa badan aku panas ke tak..dia kejut pukul berapa ntah soh makan ubat. pastu aku dengar dia kata yang, kalau tak ok esok jak bawak gi klinik.last-last aku sedar dia cium pipi aku je. betul-betul dah takleh buka mata..sedar-sedar aku bangun pukul 4 lebih, rasa badan dah ok.alhamdulilllah.. cepat-cepat siapkan makanan untuk sahur.

Friday, July 12, 2013

Kisah Hari Kedua Ramadhan

Amboi tajuk, nak update hari-hari ke..hihihi

Hari ke dua puasa aku dah cuti..ala sedeyyy..nak pergi surau ;( nak tadarus.. 

Semalam pun sangat moody. Mungkin sebab hormon..rasa nak makan orang je smlm.

Harith  nampak sangat penat, masa nak ambil dia kat rumah kak izan dia tengah tido.

Pastu dalam 7.20mlm dah dok ngadap makanan. Pastu kata ala, lambatnya, lambatnya nak buka.sian dia

Lepas buka aku lipat baju yang 2 hari dah tak lipat. tak bestla bila tak dpt sembahyang, macam kosongg je rasa.nak buat apa pun aku blurr..takpelah, ambil peluang ni nak kemas rumah kan. bila lagi..




Thursday, July 11, 2013

Kisah Hari Pertama Ramadhan

Alhamdulillah semalam sempurna sudah hari pertama kita berpuasa. Hari pertama ok tak rasa lapar sangat, tapi hari ni ada rasa sikit lapar dah petang-petang ni. Pagi tadi sahur nasi goreng. Suka Harith makan siap makan pau sebiji lagi..hihihi.

Semalam singgah kat satu restoran kat seksyen 10.mak aiii banyaknya orang. panjang barisan nak membayar..tengah sibuk-sibuk membelek kuih, nampak satu perempuan kat depan barisan aku tengah bungkus kuih..oh..Ziana Zain weh.. hihihi terjerit-jerit panggil anak-anak dia yang lari sini sana. Laki dia ada tengah beratur bhg mee2. Rendah je ZZ ni rupanya. kat TV nampak tinggi.

Jak nak pengat pisang dan aku nampak cream puff kegemaran..rasa nak melompat-lompat..hhahhaha.Dan on d way nak ke kereta nampak satu khemah pergilah dekat ingatkan ada kuih-kuih rupanya diaorang tengah edarkan bubur lambuk.sekali 2 bekas. wah./.. sedap jugak bubur tu. alhamdulillah.

Balik je ambil Harith dari rumah Kak Izan, dia tengah tido dan moody sikit. Orang tanya taknak jawab..
Tapi dekat-dekat pukul 7 sihat walafiat pulak dia tak sabar nak makan. soh aku goreng nuget. Buka puasa dia asyik minum air je sampai kembong perut.

Aku masak ayam goreng, sotong kicap, sawi goreng.Itu jelah yang sempat pun. tengok-tengok jam dah dekat kul 7 bila sipa masak.

Malam 1st terawih Jak bawak dia ke surau. Habis lebih kurang pukul 10 lebih dia kata saya nak pengsan la mak sembahyang lama.. hihihi. Malam ke 2 dia dah surrender. dok umah buat homework..