Search This Blog

Thursday, January 2, 2014

Hari Pertama Sekolah 2014, Harith

Assalamualaikum,

Hari ni hari pertama Harith naik sekolah tahun 2014, dah darjah 3 anak mak ni. Semalam dia excited tak sabar nak ke sekolah jumpa kawan-kawan, susah dia nak tidur semalam dan asyik terjaga-jaga. Tersedar dia masuk bilik kami pukul 3 dan menyelit tidur di tengah-tengah mak abah.Pagi ni terbangun lambat dan kelam kabut sikit. Nasib baik aku cuti.Cepat-cepat buat sarapan dia dan prepare bekal ke sekolah. Biasa pagi-pagi memang macam ni, kecoh sikit tapi bila dia dah pergi sekolah, senyap terus. Ni aku cuti pun tak tau nak buat apa ni. tengah tunggu washing machine siap pusing,nak masak apa pun tak tau..dah pening makcik masak hari-hari.hihihi

Semalam pergi bayar yuran dia kat sekolah. Sekolah SRAI ni kena bayar guna money order or postal order. So, patutnya awal-awal dah pergi pejabat pos buat money order. Tahun ni sebab surat yuran tu ambil lambat kat sekolah tak sempat buat awal.Aku teringat tahun lepas ada van Pos Malaysia datang kat sekolah. So, semalam kami ke sekolah buat postal order. senang je kan, Pos Malaysia bergerak ada.Lepas tu pergi dewan bayar yuran ikut kelas. Jumpa guru kelas Harith, cikgu baru nampaknya. Tanya cikgu bila buku tulis dapat sebab SRAI biasa lambat dapat buku tulis. Cikgu kata esok boleh dapat buku. First day cikgu kata cuma bawa alat tulis dan pensil warna je sebab jadual pun tak keluar lagi.Ok cikgu baiklah..


Thursday, December 26, 2013

Sayangi dan hargai yang lebih tua ;)

Assalamualaikum,

Last weekend kami ambil ibu mertua dari rumah kakak ipar di KL. So, mak ada kat rumah dari hari sabtu sampai hari Rabu. Petang semalam Kak Ngah dah bawak balik mak rumah dia. Mak mertua alhamdulillah sihat, cuma kaki dah tak kuat nak berjalan lama-lama. Sempatlah bawak mak ke Plaza Alam Sentral, mak kata nak beli kasut. Dapatlah kasut yang dia berkenan. Lepas tu kami masuk Mr. DIY beli barang -barang rumah sikit. Mak pun ada beli jugak sikit barang. Bawak mak memang kena pimpin dan selang beberapa langkah mak memang kena duduk.Kaki dah tak larat. Sempat mak duduk satu kedai jual brooch sekali mak nampak bunga-bunga kristal. Mak memang berkenan sangat dengan bunga terus beli dua pasu bunga kristal. cantik.Mak bagi satu, Alhamdullillah ;)



Kemudian kami turun dan minum di Syed's kat bawah Plaza Alam Sentral.



Harith suka sebab atuk ada kat rumah, dia tak payah turun rumah babysitter. Makan pun atuk suap. Aku pesan kat dia tolong atuk kat rumah, sekali oat atuk suap, nasi atuk suapkan..lemak sangat ko nak..

Tapi bila tengok mak macam tak larat, pakai kasut pun macam gigil-gigil kaki dia, aku insaf..Kadang-kadang aku pakaikan kasut mak. Kejap-kejap dia nak pergi toilet. So, kalau kita nak bawak orang tua keluar mana-mana pastikan tempat tu ada toilet, tak ada banyak tangga. Aku ada atuk yang dah tak larat jugak.Bila jalan 2-3 langkah dia berhenti ambik nafas. Kita pun bila tua macam tu jugak kan. Kadang-kadang mak lupa, dia suka cerita balik apa-apa yang dia dah cerita tapi kita dengar je lah.. Tapi Mak mertua aku walau dia tak larat tapi gigih tolong aku kat dapur. Aku kata ok aku boleh masak tapi dia tetap nak tolong jugak. Aku bagi bawang je dia nak tolong kopek. Satu besen bawang aku settle..hihihi. Senanglah nak masak untuk seminggu.

Harap-harap masa tua aku jadi macam mak. Walau badan dah tak larat slow slow buat kerja rumah, mengemas, sambil baring berzikir, bangun sebelum subuh, sembahyang sunat, mengaji. 

Ni doa yang ustazah bagi masa kelas mengaji:- Doa memohon kebaikan di masa tua:-




Thursday, December 19, 2013

Amalan Zikir ketika di Pasar atau tempat-tempat awam

Assalamualaikum,

Pernah tak mengalami kejadian barang atau duit hilang? Aku pernah hilang sekeping note 50 dalam purse dalam handbag. Puas cari dalam handbag pun takde.Masa tu memang duit cukup-cukup je sementara nak tunggu gaji. Tanya husband dia pun pelik, takkan ada toyol pulak kat rumah ni. Sekali aku kemas-kemas katil angkat bantal elok je duit tu kat situ.Misteri sungguh.Macam mana dari purse boleh tansfer ke katil. Tapi bersangka baik je lah..kalau Allah dah kata rezeki kita In Sha Allah. Pernah jugak sekali hilang note 50 jugak masa kenduri kat rumah sedara masa tu dah asing-asingkan duit nak kasi mak. yang tu memang hilang terus lah. Nasib dia ambil satu note 50 je duit yang aku asingkan untuk mak dia tak ambil.

Lain situasi pulak masa kat pasar. Aku pernah 2-3 kali beli ikan tetiba budak yang jual ikan tu kejar pulang duit baki sebab dia kata salah kira. Berlari kejar aku masa tu aku  kat area sayur dan pernah masa sekali tu aku dah nak balik dari pasar.

Pernah tak dengar doa ketika di pasar? Ustazah aku ada bagitau doa ni, memang zikir harian pun:-

LAA ILAAHA ILLALLAAH WAHDAHU LAA SYARIIKA LAH, LAHUL-MULKU WA LAHUL-HAMDU, WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIIR.
(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu)
Kat pasar kan banyak urusan jual beli, tempat yang melekakan dan melalaikan. Kalau boleh janganlah lama-lama kat pasar, dapat apa yang dicari cepat-cepat keluar.

Memang banyak fadhilatnya kita berzikir di masjid, rumah, tapi zikir di tempat awam yang biasanya tempat manusia leka dan lalai adalah amalan yang istimewa.Zikir ini sangat ringan tapi pahalanya sangat besar.Ok..Jom Zikir

Tuesday, December 17, 2013

Love December :)

Assalamualaikum,

Suka sangat bulan December mungkin sebab dah penghujung tahun, Bulan Bonus, Bulan Anniversary, Bulan Sale, bulan untuk exchange gifts dan bulan untuk menghargai antara satu sama lain ...
hihihi.ade ke???


Untuk Husband , perfume dari fragrance.my (ada sale sampai 25th Dec, hihi)



from Connie, TQ



for our Boss dari Lovely Lace (Lovely Lace pun ada sale)






Thursday, December 12, 2013

Sempena Anniversary Perkenalan kami yang ke 13 (18 Dec 2000 - 18 Dec 2013)

Assalamualaikum...

Masa dolu-dolu
Alhamdulillah.. next week anniversary kami..bukan wedding tapi date kami mula kenal. hihihi.. Anniversary ni antara tarikh-tarikh penting yang wajib ingat and celebrate. Aku tak ingat sangat sebenarnya date memula kami kenal tapi Jak tengok bill telefon celcom masa tu, dan inilah tarikh yang dipilih..

Kami kenal online chatting..Masa tu aku masih study di UPM dan dia masih training di MAS.Sebenarnya aku banyak member chatting, ni la hobi dulu, masa tu online chatting ni baru sangat. Jarangjarang yang tipu profile.Kebanyakkannya sincere dan betul..masa tu bulan puasa tak ada apa buat sementara tunggu buka puasa turun ke cyber cafe yang melambak kat Taman Sri Serdang tu apa lagi chatting ler ...hihihi

Dari chatting, kita borak-borak kat telefon..Masa tu aku kenal ada la 3-4 orang yang rajin call, tanya khabar, wish Hari Raya, Birthday.Tapi Kita borak-borak macam tu je la..Tak ada yang special. Kadang-kadang jumpa sekali dua. Itu pun berteman bawak roomate merangkap BFF Berry and Kak Fida.Tu yang aku pelik budak-budak sekarang berani-berani jumpa member FB yang tak kenal sorang-sorang. Dulu-dulu kita orang jumpa tempat public dan bawak kawan. Tak berani nak jumpa sorang. 

Setelah lama chatting, borak-borak kat telefon, beremail-email, sampaila satu hari Jak hantar e-card cam romantik-romantik gitu.hihihi.So aku pun balas la..ala-ala romatik jugak. Lepas tu dah start bergayut kat telefon berjam-jam.First kita jumpa kat Pudu.masa ni pudu memang glamer tempat jumpa member chatting. Mereka-mereka yang sezaman aku tu tau la kan..hahahhahha..Masa tu aku nak balik Kampung.Jak kata dia pakai jeans, t-shirt hitam n cap. Okla jumpa, minum-minum pastu dia hantar aku naik bas. Aku kata ok gak mamat ni hensem..Bila aku dah sampai kampung, dia telefon dan bergayut lagi, dia tanya aku soalan pelik-pelik lepas tu..

Lepas tu start la bercintan cintun..2nd time kita jumpa pegi KLCC. naik LRT masa tu. Aku ingat lagi dia bagi aku t-shirt MAS black kaler. Ada sampai sekarang. Sebelum kita orang balik dia belikan aku coklat. Masa tu Jak belum ada kereta.so, dating naik LRT je la selalunya dia ambik aku kat LRT Sg. Besi. Tak lama lepas tu Jak beli kereta. Ingat lagi masa 1st time nak cari aku kat Serdang dia sesat last-last dia giveup balik Aku pun merajuk la, dah siap-siap nak keluar..hihihi..Esoknya dia tanya aku nak tak ikut balik kampung dia sebab dia n kakak dia plan nak balik kampung tapi balik hari la, aku kata taknakla lagipun masih merajuk sebab dia tak datang semalam dan malu la nak ikut balik kampung. Dia agak frust la. Malam tu tak sangka dengar orang ketuk-ketuk pintu, rupanya dia dah sampai depan rumah..Baru sampai dari kampung macam-macam dia bawak, durian, makanan. Puas makan dengan housemate.So, aku turun minum dengan dia kat bawah dan tak merajuk dah. hihihi

Seingat aku kami jumpa boleh kata hari-hari. Berjauhan tak silap masa aku praktikal kat Pulau Kapas 2 bulan. Masa tu rindu gila.Tapi masa habis praktikal dia datang jemput aku kat Pulau Kapas. Dan ada sekali dok jauh masa dia kena rescue kapal kat Tawau. Seminggu kot, Nangis aku tunggu dia balik.

Pulau Kapas

Masa tu masa bercinta mati, hari-hari dia ulang alik subang-serdang.Gi minum je pun kat area Serdang.Masa tu kalau tak jumpa sehari semua rasa serba tak kena.. Alah, orang bercinta memang camtu. Dia mula bawak gi jumpa mak dia, family kakak-kakak dia kat KL.

Sampailah aku kerja sementara kat KL, dia ambik aku balik kerja.Dating hari-hari lepas balik kerja pulak. Selalu makan kat desa pandan je. Dia la bawak aku gi interview mana-mana pun. Gigih tolong aku carik kerja. Aku bersyukur sangat sebab dia banyak tolong aku kat KL, selain dari kawan UPM dulu, kak leen, yang ajak dok rumah sewa sekali. Kak Leen pun tolong aku cari kerja masa memula hidup kat KL.

Sampaila kami tunang, kawin sampai skarang Jak masih ada setiap kali aku memerlukan.Tipula tak pernah gaduh masa bercinta dulu.apa lagi dah kahwin ni. Sedangkan lidah lagi tergigit kan.Tapi Alhamdulillah setakat ni semuanya ok.Kadang-kadang dia dapat baca apa yang aku fikir.Dah lama kot kenal.dah masak perangai masing-masing. 

Terima kasih Jak ku sayang, sentiasa bersama dalam susah dan senang, semoga perkahwinan kita sentiasa mendapat berkat dari-Nya. Alhamdulillah di atas kurniaan zuriat permata hati kita, Harith..sama-samalah kita menjaga & mendidik dia menjadi anak yang soleh..




Lunch with Connie

Assalamualaikum,

Gembira hari ni Connie datang untuk lunch sama. Kami plan nak cari birthday present untuk boss. Tempat biasa yang paling dekat dengan office -Paradigm Mall..Lepas makan-makan kat Serai, baru jalan-jalan cari present. Masuk Lovely Lace, ada sale. Selamat jumpa present yang kami berkenan. Next Week bolehla bagi boss.

Wah cantiknya Christmas deco kat Paradigm Mall..ada Teddy Bear besar, kecik, rasa nak tidur kat tengah-tengah tu..Kat Boulevard ada Teddy Besar giler...kalau bawak budak-budak mesti best ni.Mak budak pun excited.