Search This Blog

Friday, May 3, 2013

9th Anniversary - 30 April 2013

Tahun ni genap 9 tahun aku n jak hidup bersama..chewahh..kalau nak dikirakan banyak dah pengalaman pahit manis sama-sama. Jak macam biasa sentiasa ada dengan aku. bila dah lama hidup bersama ni dah masak dah perangai masing-masing. Kadang-kadang apa yang aku fikir dia dah sebut dulu. sampai aku pelik, "mcm mana abang tau ni"? "Jak tau dah".

Hujan petir, ribut banjir dia mesti hantar n ambik aku balik keje.walau sesusah mana pun dia. Ada sekali dia cuti kena balik Muar ambil mak petang dia dah sampai office ambik aku balik keje.Padahal aku dah prepare dah nak balik ambil bas. Sama jugak kalau dia ada keje kat KLIA, mesti hantar n ambil aku jugak.kalau dia lewat aku tunggu dia, kalau aku lambat dia plak tunggu aku. macam tu lah dia sejak kita org kenal sampai sekarang. my loyal driver..heheheh

Tahun ni tak ada yang special untuk anniversary kami. Last year, aku masak chicken chop utk anniversary n  malam-malam kami bermanja-manjaan merenung each other. hahaha. Tahun ni tak ada sebabnya aku bz kena assist training kat Sime Darby CC. kena gerak awal pagi. turun kereta aku wish jak, Jak terkejut, nampak sgt dia lupa tapi dia hantar sms wish masa aku kat hotel. Dia kata tak terasa, cepat masa berlalu. 

Dan aku tidak bernasib baik hari tu sebabpetang masa balik hujan yang teramat lebat, jem teruk kat damansara, pukul 8 malam baru dapat teksi dan jak tunggu kat kelana jaya 3 jam! bayangkan.. tapi takpelah, dia gi makan dulu, solat. Malam tu pukul 9 baru sampai rumah di shah alam. Kesian harith lambat ambil dari rumah mama dia.

Anyway, happy anniversary to Jak ku sayang..terima kasih untuk cinta dan kasih sayang selama ini. Sayang abang......




Monday, April 22, 2013

Kursus Pengurusan Jenazah- Apr 2013

Assalamualaikum

Sabtu lepas berpeluang menghadiri kursus jenazah kat surau. Bila dengar cerita ustazah pasal Sakaratul Maut.. sangatla takut. Pesan ustazah ketika sedang nazak, pastikan orang itu menutup aurat dan panggil orang-orang yang alim. kalau ada anak-anak yang soleh lagi baik.

 Sakaratul Maut adalah Majlis Malaikat.. Banyak malaikat yang datang utuk menyabut nyawa sesorang yang sedang nazak. Pastikan menghadap kiblat dan pastikan seseorang duduk di telinga kanan dan bacakan talkin, seorang duduk di bawah kaki dan bacalah Yaasin.Pastikan Yassin dibaca dengan tajwid yang betul. Ketika membaca talkin "Lailahaillah: pastikan orang yang nazak tu ikut. tengok mulut dan lidah dia. Bacaan yaasin dibaca supaya yang tgh nazak mengikut bacaan yasin dan terleka supaya malaikat senang menyabut nyawa.. Ketika nyawa terkeluar, hijab pun terbuka dan dapat melihat syurga atau neraka. yang dapat melihat syurga akan tenang dan senyum.

Apabila sudah meninggal dunia, ucaplah innalillah.. ambil kain tutuplah mayat tadi, ambil gunting dan gunting baju yang dipakai . Jangan sampai terbuka aurat.ambil besen beserta air suam, laplah mayar tersebut. bersihkan najis. ikat tangan, ikat dagu, lutut dan kaki, lapik kan di bawah. pakaikan serkup kepala dan tutup muka.. Sapukan minyak dan urut  untuk melembutkan sendi-sendi.

Kami juga belajar cara-cara memandikan dan menkafankan jenazah.. Ketika memandikan jenazah, elakkan lalu di bahagian kepala.kalau rasa lain macam bacalah Ayat Qursi 3 kali dan ayat yang last 7 kali. ini untuk mengelakkan kita teringat-ingat mayat tersebut. Bila balik ke rumah pun kita kena mandi sunat. Niat dia "Sahaja Aku Mandi Sunat selepas memandikan jenazah kerana Allah Taala. mandi bersama-sama pakaian yang kita pakai.

Aku rasa mandi yang paling challenging, kena slow-slow. kena urut-urut perut sebelah kanan untuk buang najis. kena korek. Kalau najis banyak terpaksalah ambil masa yang lama. Kata ustazah kalau dah rasa lama sangat berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan menguruskan mayat. In-syaaallah akan dikabulkan.

Dapat juga belajar kafankan mayat..Kami belajar mengukur mayat, potong 3 keping kain, buat tali untuk ikat. buat telekungnya, bajunya dan last sekali macam mana nak kafankan. ni antara barang-barang nya:-


Banyak betul ilmu yang dapat dalam satu hari..Betul la memang dosa masing-masing, kubur masing-masing tapi apa amalan kita yang akan menentukan perjalanan sakaratul maut nanti.. Yang pakai pewarna kuku tu, ada tatoo yang uruskan kena buat tayamum pada jenazah.

Ustazah kata nak panggil kami kalau ada kematian.supaya kami dapat mempraktikkan apa yang dah belajar semuanya muka takut..hehehe

Wednesday, April 17, 2013

Busy April

Bulan ni adalah bulan yang bz. Training dah start banyak preparation nak buat dan kena attend training sekali.tak sempat nak menulis. Petang-petang ni baru lega sikit.

Last week rumah aku penuh sebab area KL kan takde air. So, Kak Ngah, kak sue , mak mertua datang rumah dari jumaat malam sampai ahad. So, sangatla happy kerana ramai orang datang.Ahad malam semua dah balik sebab air dah keluar. Harith sedih je sebab semua dah balik.

Petang ahad sempat teman kak ngah dan kak su pegi jakel beli kain. Kebetulan jakel last day sale. Kak ngah belikan baju untuk wedding yana bulan 6 ni. Temanya kelabu /lite purple.Dapat jumpa corak yang berkenan.
Kat mana tah nak tempah baju. Nak try cari tailor kat shah alam. masuk ni dah 4 pasang kain tak sempat nak tempah.

Ok dah la tu, nak balik rumah nak masak untuk dinner. semalam dah tak masak sebab balik lambat. Tapau nasi ayam je.lauk kat freezer punyalah banyak. Last week pegi pasar dengan kak ngah penuh peti ais aku. Masak nya tak sempat. Hari ni rasa nak masak semua..hehhehhe

Thursday, April 11, 2013

Perkongsian - Tanyalah Ustaz

Sabtu lepas berpeluang duduk depan tv dan mengikuti "Tanyalah Ustaz" bersama Ustaz Sharhan.
Sempat catit point-point penting untuk nota diri sendiri:-

Hukum Membaca Al-Quran Online - Harus

Kehebatan Surah-Surah Dalam Al-Quran:-

  • Al - Kahfi - Baca setiap malam Jumaat akan diampunkan dosa-dosa kecil sehingga Jumaat yang akan datang
  • Al-Baqarah - ayat terakhir dalam surah Al-Baqarah jika dibaca Jin/Iblis tak akan masuk rumah
  • Al-Waqiah - mengelakkan kita dari papa kedana, rezeki luas
  • Al-Mulk - terlepas dari seksaan kubur
  • 3 Qul - Seolah-olah khatam Al-Quran
  • Zalzalah - seolah-olah membaca separuh Al-Quran
  • Takassur - menyamai membaca 1000 ayat Al-Quran
  • Al-Isra' - menenangkan jiwa
  • Al-Insyirah - Menerangkan hati

Doa untuk sakit Lutut

Ambil sepelepah pokok Aloevera(lidah buaya) koyakkan, akan keluar cecair licin, sapu kat lutut di bawah lipatan sambil baca Surah Al-Mukminun ayat 11-14

Monday, April 8, 2013

Harith & Solat

Sebenarnya satu cabaran besar nak mengajar anak solat. Mak abah kena main peranan masing-masing.
Mula-mula nampak macam paksaan, tapi harapan di hati biarlah secara sukarela. Dengar azan, dengan sendirinya terus solat.

Sek Agama Integrasi memang menekankan solat. Pagi ada solat sunat dhuha, Petang sebelum balik kena solat Zuhur dulu. Yang ni memang kena buat hari-hari. Sejak dah umur 8 tahun ni,Harith dah start ikut Jak solat berjamaah kat surau. Memula dia komplen, lambatla, imam baca surah panjang la.. hehehhe. Waktu Subuh, Asar n Isya' dia tak start sembahyang lagi.

Hari Sabtu kita orang tengok cerita Tanah Kubur kat Astro Oasis. Kan masa last tu jenazah tu dalam kubur ada menjerit mintak tolong. 

Harith : Mak, nanti kalau kita mati, malaikat tanya saya ye solat ke tidak?
 
Aku : Yelah.. 

Harith: Nanti saya jawab saya solat Zuhur dan Maghrib je.

Aku: Mana boleh, nanti malaikat marah, kena sembahyang setiap waktu..

Harith: Ye ke mak? Setiap kali azan saya kena solat?

Aku: Yelah

Aku ingat setakat tu je la. Rupanya dia takut betul kena azab dalam kubur sebab tak solat. Setiap kali azan, dia ajak aku sembahyang. "Cepat mak, dah Azan". 

Pagi tadi aku bangun 5.30pg. Sebab hari ni sekolah dia off sebab cuti peristiwa aku biar dia tidur lama sikit. Aku siap mandi, tengok dia dah bangun.

Harith: Mak, dah boleh solat Subuh?

Aku: Belum masuk waktu, kejap lagi.

dia pun baring semula kat katil.Tak lama lepas tu azan subuh dari surau. Aku kat dapur tengah masak air.

Harith: Mak, cepat jom sembahyang dah azan.nanti lambat.

Aku: Ok. 

Alhamdulillah.. Ni hanyalah permulaan, kita sebagai ibubapa yang kena bentuk anak kita sejak dari kecil lagi.
Harap-harap semangat dia nak solat berkobar-kobar lagi. Hari ni dia kat rumah mama dia, dia kata nanti kat rumah mama saya kena solat zuhur. Petang solat asar.. ya sayang, mak doakan harith menjadi anak yang soleh.




Friday, April 5, 2013

Budak ngantuk sebelum ke sekolah


Kesian Harith mengantuk.. ni selepas sarapan, dia minum nestum, makan nugget 2 biji.hehehheh
Kalau tak ngantuk pagi-pagi dia akan bercerita tak berhenti pasal kawan-kawan dia, pasal ada budak kencing dalam surau, ada budak buli, ada cikgu baru, bapak cikgu meninggal..macam-macam la dia cerita.Layan je la.


Ni Quran favourite. dengan Waqaf & Ibtida'. Selalu bila kita baca kadang-kadang tak sure bila nak berhenti kan. Quran ni dah siap kaler merah untuk ayat mana nak waqaf dan mana nak mulakan ayat balik.. sangat berguna la untuk kita yang tak tahu bahasa arab kan. Ustazah yang ajar ngaji yang perkenalkan Quran ni pada kita orang. Tak silap masa Ramadhan tahun lepas. Dengan adanya Quran ni senang sikit nak baca..;) Ustazah kata collegue dia Dr. Raof, lecturer UPM yang usaha buat Quran ni bersama Ustaz Hassan Azahari



ha..yang ni suka baca masa sebelum tidur atau subuh.yang ni akak ipar, Kak Su yang bagi tahun 2011..Banyak ayat-ayat yang elok diamalkan hari-hari sebagai pelindung. Alhamdulillah, aku cuba baca hari-hari, dan dah hafal zikir-zikir. Kalau penat sangat pun sebelum tidur sambil baring aku baca. Banyak buku-buku macam ni, mana-mana pun bole beli dan baca. in-syaallah..Kalau kita selalu ingat kat Allah, Allah akan ingat pada kita jugak..



Thursday, April 4, 2013

Yeah..barang yang diorder dah sampai...

Keserabutan hari ni terubat bila barang-barang yang diorder dah sampai.. Aku beli buku & kain.hehhe.. malam ni nak baca.nak tau buku apa? Himpunan Ayat-ayat doa dan amalan drpd Al-Quran, Solat-solat sunat, aku beli jugak buku amalam-amalam mengandung nak bagi kat kawan yang tengah pregnant.. ramai member pregnant sekarang ni.alhamdulillah..sekali semua serentak..kang bersalin semua sekali..hehhehe..Aku ni ntah bila nak ada rezeki lagi..tapi kalau tak ada pun aku dah syukur sangat dengan kehadiran Harith, dia pun dah membawa seribu rahmat untuk aku n jak.

Ok..apa nak cite..nak letak picture sebenarnya tapi asyik lupa bawak cable.Esok kalau rajin boleh bawak.
Harith is so cute..semalam kesian dia, aku dah tido dulu dia macam gelisah nak tido tak ada orang nak tepuk..macam baby je..hehhehe.. aku terbangun n pegi sidai baju yang dah basuh tadi, tengok-tengok dia dah selamat tido.sian, mak tak de sebelah ye.. ok..ari ni mak ganti ok.