Search This Blog

Wednesday, April 3, 2013

Risaukan Abah

Hati rasa tak tenang. Sejak abah dapat serangan jantung tahun lepas kesihatan abah agak tak menentu.Tau je lah bila ada sakit jantung sakit-sakit lain pun datang, darah tinggi, kencing manis. Kadang-kadang abah ok, kadang-kadang tak ok. Ada beberapa kali dia rasa jantung berdebar sangat. Dia makan ubat yang letak bawah lidah tu, ubat tu untuk emergency.

Minggu lepas abah tiba-tiba muncul kat rumah aku kat Shah Alam. Dah lama tak ke KL katanya. Dia pun tak berapa sihat, demam berbalik-balik. kejap ok, kejap panas. Nasib baik Emy teman dia balik, at least kalau apa-apa Emy ada. Risaunya hati.

Lepas checkup dia 22hb nanti aku dah suruh mintak referral letter ke Hospital JB. Aku ada call IJN tapi IJN kata sebelum buat appointment kena ada referral letter dari Hospital Pakar Jb dulu. that's why. Harap abah tak tangguh-tangguh lagi. Tengokla apa option rawatan yang ada. Kami adik-beradik nak abah sihat macam dulu. Amin.. Ya Allah.tunjukkanlah jalan..permudahkanlah ...

Monday, April 1, 2013

Isnin yang serabut

Hari ni adalah hari yang serabut untuk aku n jak. Dari semalam harith kata dia ada sukan hari ni, tak payah bawak beg katanya..sekali pagi tadi sampai sekolah semua budak bawak beg, dah kena patah balik umah ambik beg dia.. disebabkan itu sampai sekolah dah lambat dan sangat jem..tau2 je lah dah 7 lebih , federal jem yang amat yang tak terjangkau dek akal.. hahhahhaa.. stress betulll la.. rasa malas keje je

aku ajak jak sarapan dulu kat mamak, pastu dia hantar aku gi office.. maka terpaksalah dia EL hari ni sebab dah terlampau lambat kul 9 baru samapi opis aku..sian jak.. sorrylah bang.. balik ni rasa nak bebel kat harith smpi malam.. di umur dia 8 tahun ni dia masih belum pandai terima arahan, selalu salah info je kalau dia yang sampaikan maklumat.. susah la, kadang2 tak tau betul ke tak apa dia kata.. lain cikgu suruh lain yang dia buat.. kesannya pada mak abah la. tak pasal2 abah kena el..

hmm..esok ada training kat KL.. dah terasa esok hari yang amat panjangggg untuk aku.. Ya Allah, permudahkanlah

Friday, March 29, 2013

Apa nak buat bila boring??

Anda boleh buat ini :-

1) Have a bath - bubbles optional!

2) Put on your favourite music, sing and dance

3) Get threading or try simple sewing

4) Bake a cake

5) Dress up

6) Visit a new park

7) Make a milkshake or banana split

8) Visit library

9) Climb a tree ???

10) Build a sandcastle

11) Have a picnic in a backyard

12) Go for a walk


lagi??/ apa nak buat..hehhehhe

Thursday, March 28, 2013

Monday, March 25, 2013

Balik Kampung kenduri

Ahad lepas sepupu, Comel kawin. Disebabkan Jak keje sabtu , maka terpaksalah bertolak Sabtu petang dalam kul 6. Sampai Kulai dalam pukul 11 mlm gak la disebabkan jemm di tempat biasa (Nilai-Seremban). Berhenti kat Air Keroh solat n Harith pulak nak makan KFC..adoii..beratur panjang tuuu. masa beratur pulak, belakang aku ada chinese baby yang didukung oleh ayah dia..dia suka cuit2 tudung aku plak..bila aku nak dukung taknak pulak.. hehhehe..ok, akhirnya dapat gak harith makan dengan riang rianya..

Sampai kat Kulai terus ke rumah Moksu.. sangat gamat dengar orang berkaraoke.. rupanya abang aku si Edy.. cheh.. sesekali balik Kulai jumpa sedara mara adalah sangat happy.miss atuk

ok.. semalam sebelum balik salam semua sedara mara ada yang tak kenal n mak baru kenalkan. memula aku ingatkan nak salam cepat2 cabut.. hahhaha..tapi terperangkap plak mak bungkuskan nasi minyak yang atuk ngah masak dibantu abah sangatlah sedap... pangku anak sedara, si Mia dia sungguh mengantuk..ok2 pass dia pada Emy dan aku cabutt lepas mak bungkuskan nasi dan lauk yang sangatlah banyak.. thank you mak.. sampai2 shah alam terus panaskan, lps maghrib kami makan dengan gumbira... hehheheh

Tuesday, March 12, 2013

The Good Wife


 gambar ihsan google

Ni sekarang favourite aku yang tak akan miss every Tuesday kat Diva 702. Follow sejak dari season 1. Ceritanya mengenai seorang isteri, Alicia seorang peguam dan suaminya seorang politician.. yang menariknya kes-kes mahkamah dan cara derang menyelesaikannya..juga cinta Alicia pada Will, boss di company tempat dia bekerja. cinta datang semasa Alicia dalam seperation with her husband. Husband Alicia memang pernah menjalinkan beberapa hubungan sulit ketika mereka masih suami isteri dan Alicia sudah bersedia untuk divorce. Oh lupa nak mention, derang ada 2 orang anak yg sedang meningkat remaja.Setiap season watak2 semuanya berkembang dan ada tambah watak-watak lain..oh, aku suka juga dengan investigator, Kalinda. 

Ok. motif tulis ni sebab nak tengok episod malam ni..hehehhe..tak sabo..

Monday, March 4, 2013

Cite Weekend

Sabtu lepas ada wedding kat Muar, so Jumaat malam kitaorang gerak balik lepas isya'.. sampai kat Pandan Jaya lebih kurang kul 9.30 n gerak dari rumah k ngah kul 10 mlm.Highway PLUS tersangatlah jem.. perjalanan yang sepatutnya 2 jam lebih menjadi 4 jam.. adoii.. pening kepala aku..

Masa lalu Serdang/Sri Kembangan Jak tetiba teringat cite dolu2 dia ulang alik jumpa aku kat UPM masa aku study kat sana dulu.ingat lagi masa dia memula beli kereta dan tak sabar-sabar nak jumpa, last2 sesat..hahahaha.. dia tanya aku, masa tu Jak cari samapi jumpa ke Jak patah balik? aku teringat masa tu dia dah giveup terus balik.aku dah standby terus tak jadi jumpa...hahhahhah.. klaka2 ..dan aku pun majukk

sekarang bila flashback2 balik rasa gila betul masa bercinta.. bayangkan Jak ulang alik dari Subang-Serdang setiap malam..hehhehhe.. sekarang ni bila teringat2 balik, dia cubit pipi aku atau tarik hidung aku..aku plak sepak2 pipi manja dan dia akan sebut nama penuh aku..teruk betul orang bercinta..

ok.. sambung cite balik..seperti biasa balik Muar,kita org suka pergi pasar muar tu.. seronok.. semua fresh dan murah2..rasa nak borong sume..beli ayam, ikan,sayur, tumpang peti ais mak mertua..then masuk dalam kotak polisterin tu bawak balik kl..lagi satu aku suka beli cili kering.. bila masak sambal best je..sedap..lain dari shah alam..

Harith dah ok... tangan dia dah boleh genggam kuat, dah boleh angkat sikit2 tapi dia yang takut2.. rasa-rasa nx week dah boleh hantar dia gi sekolah.. mesti banyak dia miss, nak buat camner kena tunggu tangan betul2 elok.kang kat sekolah ntah apa2 dia main, lari2.. jadi balik kang susah plak..

rumah sekarang sangat sunyi adik2 takde.. harith asyik tanya2 bila pak teh dia nak balik.. penat dah cakap pak teh keje kat JB tak duduk dengan kita lagi.kalau pak teh ada, sure pak tam n pak ului pun suka lepak rumah..tunggulah nx nx week pak teh ada presentation kat kl nanti dia singgah k