Search This Blog

Thursday, March 28, 2013

Monday, March 25, 2013

Balik Kampung kenduri

Ahad lepas sepupu, Comel kawin. Disebabkan Jak keje sabtu , maka terpaksalah bertolak Sabtu petang dalam kul 6. Sampai Kulai dalam pukul 11 mlm gak la disebabkan jemm di tempat biasa (Nilai-Seremban). Berhenti kat Air Keroh solat n Harith pulak nak makan KFC..adoii..beratur panjang tuuu. masa beratur pulak, belakang aku ada chinese baby yang didukung oleh ayah dia..dia suka cuit2 tudung aku plak..bila aku nak dukung taknak pulak.. hehhehe..ok, akhirnya dapat gak harith makan dengan riang rianya..

Sampai kat Kulai terus ke rumah Moksu.. sangat gamat dengar orang berkaraoke.. rupanya abang aku si Edy.. cheh.. sesekali balik Kulai jumpa sedara mara adalah sangat happy.miss atuk

ok.. semalam sebelum balik salam semua sedara mara ada yang tak kenal n mak baru kenalkan. memula aku ingatkan nak salam cepat2 cabut.. hahhaha..tapi terperangkap plak mak bungkuskan nasi minyak yang atuk ngah masak dibantu abah sangatlah sedap... pangku anak sedara, si Mia dia sungguh mengantuk..ok2 pass dia pada Emy dan aku cabutt lepas mak bungkuskan nasi dan lauk yang sangatlah banyak.. thank you mak.. sampai2 shah alam terus panaskan, lps maghrib kami makan dengan gumbira... hehheheh

Tuesday, March 12, 2013

The Good Wife


 gambar ihsan google

Ni sekarang favourite aku yang tak akan miss every Tuesday kat Diva 702. Follow sejak dari season 1. Ceritanya mengenai seorang isteri, Alicia seorang peguam dan suaminya seorang politician.. yang menariknya kes-kes mahkamah dan cara derang menyelesaikannya..juga cinta Alicia pada Will, boss di company tempat dia bekerja. cinta datang semasa Alicia dalam seperation with her husband. Husband Alicia memang pernah menjalinkan beberapa hubungan sulit ketika mereka masih suami isteri dan Alicia sudah bersedia untuk divorce. Oh lupa nak mention, derang ada 2 orang anak yg sedang meningkat remaja.Setiap season watak2 semuanya berkembang dan ada tambah watak-watak lain..oh, aku suka juga dengan investigator, Kalinda. 

Ok. motif tulis ni sebab nak tengok episod malam ni..hehehhe..tak sabo..

Monday, March 4, 2013

Cite Weekend

Sabtu lepas ada wedding kat Muar, so Jumaat malam kitaorang gerak balik lepas isya'.. sampai kat Pandan Jaya lebih kurang kul 9.30 n gerak dari rumah k ngah kul 10 mlm.Highway PLUS tersangatlah jem.. perjalanan yang sepatutnya 2 jam lebih menjadi 4 jam.. adoii.. pening kepala aku..

Masa lalu Serdang/Sri Kembangan Jak tetiba teringat cite dolu2 dia ulang alik jumpa aku kat UPM masa aku study kat sana dulu.ingat lagi masa dia memula beli kereta dan tak sabar-sabar nak jumpa, last2 sesat..hahahaha.. dia tanya aku, masa tu Jak cari samapi jumpa ke Jak patah balik? aku teringat masa tu dia dah giveup terus balik.aku dah standby terus tak jadi jumpa...hahhahhah.. klaka2 ..dan aku pun majukk

sekarang bila flashback2 balik rasa gila betul masa bercinta.. bayangkan Jak ulang alik dari Subang-Serdang setiap malam..hehhehhe.. sekarang ni bila teringat2 balik, dia cubit pipi aku atau tarik hidung aku..aku plak sepak2 pipi manja dan dia akan sebut nama penuh aku..teruk betul orang bercinta..

ok.. sambung cite balik..seperti biasa balik Muar,kita org suka pergi pasar muar tu.. seronok.. semua fresh dan murah2..rasa nak borong sume..beli ayam, ikan,sayur, tumpang peti ais mak mertua..then masuk dalam kotak polisterin tu bawak balik kl..lagi satu aku suka beli cili kering.. bila masak sambal best je..sedap..lain dari shah alam..

Harith dah ok... tangan dia dah boleh genggam kuat, dah boleh angkat sikit2 tapi dia yang takut2.. rasa-rasa nx week dah boleh hantar dia gi sekolah.. mesti banyak dia miss, nak buat camner kena tunggu tangan betul2 elok.kang kat sekolah ntah apa2 dia main, lari2.. jadi balik kang susah plak..

rumah sekarang sangat sunyi adik2 takde.. harith asyik tanya2 bila pak teh dia nak balik.. penat dah cakap pak teh keje kat JB tak duduk dengan kita lagi.kalau pak teh ada, sure pak tam n pak ului pun suka lepak rumah..tunggulah nx nx week pak teh ada presentation kat kl nanti dia singgah k

Tuesday, February 5, 2013

Bila Harith pandai memerli

Semalam macam biasa lepas Maghrib aku start ajar Harith mengaji.. semakin lama dah semakin lancar..bagus anak mak,takde gagap -gagap lagi..aku pun beruntung sejak setahun lepas dapat belajar mengaji dari Ustazah Radhiah, lecturer kanan Bahasa Arab, UPM.so, bila kita dah ok sikit mengaji tau hukum tajwid, makhraj,dan boleh ajar anak sendiri.

Harith start Al-Quran sejak tahun lepas Pak teh ajar mengaji. sekarang sebab Pak teh dah transfer JB, kenala take over. lepas mengaji aku puji dia

                        Mak : Pandai anak mak, lancar hari ni baca
                       
                        Abah : Haah la.. terer la Harith 

                        Harith: saya dah lancar baca, hari-hari baca, abah tu tak mengaji pun

                       Abah: eh.. abah ada apa.. baca yassin, dalam sembahyang pun baca ayat-ayat Al-quran
                               (abah dah terasa sebab tak ngaji)
           
                       Harith : Esok abah ngaji, kalau tak ngaji berdosa

                      Abah  Ya ( dalam hati, ish budak ni, pandai betul bg nasihat)

Aku tergelak-gelak sambil sambung ngaji..hahhahhaha..padan muka abah, kena batang hidung sendiri ;)

Tuesday, January 29, 2013

Wednesday, January 23, 2013

Harith

Sabtu, 19 Jan, dalam pukul 6 harith turun ke taman bawah.. aku mmg tak risau sebab dia selalu main dengan kawan-kawan dia. tak lama lepas tu lebih kurang 6.45 dia naik menangis-nagis sambil pegang tangan.. dia kata kawan tolak.. mula-mula nak marah tapi bila tengok tangan dia dah lain macam.. adoii.. patah lah ni..

terus salin baju bawak gi kilinik, doc pun confirm patah n bagi surat reference ke hospital.. pastu kitaorg blur hospt mana nak pergi ni... last-last jak terus drive ke DEMC ..sbelum tu harith lapar, dia mintak ribena ngan roti.. sempatla dia makan 2 keping. lama gak tunggu kat DEMC, pegi x-ray n doc confirm patah.. kena admit sebab nak terus tarik n masuk wire.adoii.. aku yg dengar seriau.. sementara nak tunggu GL dari company Jak, kita org balik dulu amik baju n apa2 yang patut.. masa ni aku dah tak tahan menangis, membayangkan sakit yang bakal ditanggung harith.. kesiannya, masa nak xray pun dia sakit..hmmm..

kita org masuk checkin  bilik dalam pukul 10 lebih. doc n nurse dah ready nak buat surgery.. aku tunggu kat bilik je.. Jak masuk sama dalam bilik OT.. masa kat bilik tak habis-habis aku doa n zikir..dah la tak bole nak solat skg ni..

dalam pukul 12++am nurse dah tolak masuk bilik..nurse kata harith bangun-bangun harith nangis.. masa surgery dia taksedar sebab ada ubat bius.. malam tu pun tidur dia asyik merengek je.. aku pun tak boleh nak tidur.. Jak pun ada sama tapi dia ok je tidur..

bangun pagi dia ok sikit.. sarapan nasi lemak. dan sibuk nak main game dengan satu tangan. tak apa lah asal dia happy.. Ada beberapa jiran datang melawat pagi tu.. then tengahari lepas doc check dia dah bole discharge..balik-balik ramai yang datang melawat harith..

esoknya aku n Jak amik EL..pergi sekolah inform guru kelas dia Cikgu Hani.. tak sure lagi mc sampai bila tunggu nx followup 30/1/13. lepas tu jak ajak singgah mydin beli barang...masa ni aku dah rasa tak larat.. badan dah lain macam..balik-balik je..badan dah panas.. alamak, demam balik.. Jak bagi ubat pastu aku tido.. bangun lg, pastu tidur lagi.. malam pegi klinik,. doc bagi another dose antibiotik n ubat demam yg lain..ntah berapa banyak ubat dah aku makan.. Alhamdulillah.. hari ni dah semakin baik dan bole kerja.. Harith dok umah nanny dia.. hm.. macam2 jadi weken lps..dugaan..dugaan..