Lama tak menulis sebab sibuk menyesuaikan diri di tempat kerja baru. Minggu-minggu pertama kerja agak stress bukan je sebab kerja tapi maybe environment tempat kerja yang tak berapa best. Selera makan pun tak ada, sampai nak pergi kerja rasa malas gila, baju keja pun pagi tu baru fikir nak pakai apa, kalau malas tak iron pun. Sampai macam tu sekali. Tapi sekarang agak ok walaupun kadang-kadang rasa stress, ada member sebelah cubicle yang ramah tamah dan ceria manjang..hihihi.. dia baru masuk 2 minggu. Sungguh Allah maha mendengar dan maha mengasihani, didatangkannya teman untuk mengubat kesedihan...Alhamdulillah
Macam ni la kot kerja kat company agak besar. Dulu masa kerja kat small setup company, aku kata bestnya kalau dapat kerja company besar, banyak benefit, member ramai.. Sekarang bagi aku semuanya Tiada Indah pun..hihihi..atau Indah kabar dari Rupa? Taknak la bercakap pasal racist ke apa tapi bangsa kita pun sama je?? Tapi nak masuk 2 bulan aku kat tempat kerja baru aku dah boleh sesuaikan diri kot.pandai-pandai sendiri la sebab tak ada siapa pun yang boleh tolong kecuali diri sendiri kan. Agak-agak tension dengan perangai manusia aku gi surau solat..rasa tenang, aman. mengadu pada Dia.
Kawan-kawan bersyukurlah kerana masih ada pekerjaan, masih boleh menyumbang untuk keluarga..Semoga istiqamah dalam pekerjaan masing-masing..