Search This Blog

Tuesday, August 13, 2013

Kenangan Syawal 2013

Tema tahun ni hijau. Sebenarnya aku tak tempah baju hijau tahun ni tapi sebab harith dah berkenan warna hijau terpaksalah ikut tema dia. Baju ni aku beli dah siap kat PKNS, actually baju masa wedding yana kat Melaka. tapi aku suka baju ni,kain dia lembut, jatuh, harga cuma RM75.00. hihihi. Baju Jak pulak baju raya 3 ke 4 tahun lepas..hihihi. jadilah tu kan.

Tahun ni turn raya kat Kota Tinggi.. aku yang balik paling awal adik-adik masih kerja, kiki dan ului malam raya baru sampai. Raya tahun ni aku masak ayam masak merah dan kuah kacang. mak masak lodeh dan sambal goreng. abah n adik-adik masak ketupat dan rendang.Oh ya, mak macam biasa menu setiap tahun ketupat palas. favourite edy n ijam.


Macam biasa raya kerumah mak long, makcik, moksu, atuk ngah dll.. rumah mak lang kat pontian tak sempat pegi

Raya kedua pagi dah balik Muar. seronok rasanya berkumpul ramai-ramai. Pada aku raya ni yang penting balik kampung..Jumpa keluarga, saudara mara yang jarang-jarang dapat jumpa kan. Aku tahun ni satu kuih raye ke kerepek, kek semua tak beli.. tapi balik dari kampung bawak bermacam-macam buah tangan dari mak dan mak mertua.. mewah makanan.. hihihi.

Semalam dapat tahu berita sedih, anak kepada sepupu husband mati lemas di terengganu. Baru jumpa mayat malam tadi pukul 7.30mlm. Berita kehilangan ni memang sedih lagi-lagi di hari raya saat kita masih lagi mood raya. Kehilangan besar family, dia anak sulung lelaki pulak tu. Harap-harap abang nik dan kak ba'i tabah menghadapi dugaan ini.. Al-Fatihah


Monday, August 5, 2013

Ramadan menyatukan kita semua

Tahun ni rasa cepat betul bulan Ramadan. Hari ni 27 Ramadan..Sudahkan Malam Lailatul Qadar? Pagi tadi terdengar Ustaz Wan Shohor kat KLfm.Yang penting kata ustaz tanda-tanda nya ada 2 samada yang kita 1. mimpi atau 2. melalui pancaindera, nampak cahaya dari langit atau terdengar bisikan.Tapi kalau dapat tahu malam lailatul qadar tapi tak beramal pun tak guna juga kan. Yang penting amalan kita pada malam tersebut. Seperti kata Ustaz Izhar Jamali, beibadat macam biasa, terawih dan tambah bangun malam untuk solat sunat..In shaa allah kita dapat.

Oh.. sabtu lepas komuniti kami mengadakan Majlis Khatam Al-Quran.Seronok rasanya dapat khatam tahun ni. Harap-harap dapat teruskan untuk tahun depan.






Esok dah balik kampung, malam ni last solat terawih kat sini.. Malam esok dah kat johor pula.. seronoknya
Semoga Ramadan tahun ini memberi seribu keberkatan untuk semua.Lepas ni rindu nak Terawih. Tadarus, rindu kawan-kawan, maklumla hari biasa susah nak jumpa.. Ramadan ni menyatukan kita semua.