Search This Blog

Thursday, December 26, 2013

Sayangi dan hargai yang lebih tua ;)

Assalamualaikum,

Last weekend kami ambil ibu mertua dari rumah kakak ipar di KL. So, mak ada kat rumah dari hari sabtu sampai hari Rabu. Petang semalam Kak Ngah dah bawak balik mak rumah dia. Mak mertua alhamdulillah sihat, cuma kaki dah tak kuat nak berjalan lama-lama. Sempatlah bawak mak ke Plaza Alam Sentral, mak kata nak beli kasut. Dapatlah kasut yang dia berkenan. Lepas tu kami masuk Mr. DIY beli barang -barang rumah sikit. Mak pun ada beli jugak sikit barang. Bawak mak memang kena pimpin dan selang beberapa langkah mak memang kena duduk.Kaki dah tak larat. Sempat mak duduk satu kedai jual brooch sekali mak nampak bunga-bunga kristal. Mak memang berkenan sangat dengan bunga terus beli dua pasu bunga kristal. cantik.Mak bagi satu, Alhamdullillah ;)



Kemudian kami turun dan minum di Syed's kat bawah Plaza Alam Sentral.



Harith suka sebab atuk ada kat rumah, dia tak payah turun rumah babysitter. Makan pun atuk suap. Aku pesan kat dia tolong atuk kat rumah, sekali oat atuk suap, nasi atuk suapkan..lemak sangat ko nak..

Tapi bila tengok mak macam tak larat, pakai kasut pun macam gigil-gigil kaki dia, aku insaf..Kadang-kadang aku pakaikan kasut mak. Kejap-kejap dia nak pergi toilet. So, kalau kita nak bawak orang tua keluar mana-mana pastikan tempat tu ada toilet, tak ada banyak tangga. Aku ada atuk yang dah tak larat jugak.Bila jalan 2-3 langkah dia berhenti ambik nafas. Kita pun bila tua macam tu jugak kan. Kadang-kadang mak lupa, dia suka cerita balik apa-apa yang dia dah cerita tapi kita dengar je lah.. Tapi Mak mertua aku walau dia tak larat tapi gigih tolong aku kat dapur. Aku kata ok aku boleh masak tapi dia tetap nak tolong jugak. Aku bagi bawang je dia nak tolong kopek. Satu besen bawang aku settle..hihihi. Senanglah nak masak untuk seminggu.

Harap-harap masa tua aku jadi macam mak. Walau badan dah tak larat slow slow buat kerja rumah, mengemas, sambil baring berzikir, bangun sebelum subuh, sembahyang sunat, mengaji. 

Ni doa yang ustazah bagi masa kelas mengaji:- Doa memohon kebaikan di masa tua:-




Thursday, December 19, 2013

Amalan Zikir ketika di Pasar atau tempat-tempat awam

Assalamualaikum,

Pernah tak mengalami kejadian barang atau duit hilang? Aku pernah hilang sekeping note 50 dalam purse dalam handbag. Puas cari dalam handbag pun takde.Masa tu memang duit cukup-cukup je sementara nak tunggu gaji. Tanya husband dia pun pelik, takkan ada toyol pulak kat rumah ni. Sekali aku kemas-kemas katil angkat bantal elok je duit tu kat situ.Misteri sungguh.Macam mana dari purse boleh tansfer ke katil. Tapi bersangka baik je lah..kalau Allah dah kata rezeki kita In Sha Allah. Pernah jugak sekali hilang note 50 jugak masa kenduri kat rumah sedara masa tu dah asing-asingkan duit nak kasi mak. yang tu memang hilang terus lah. Nasib dia ambil satu note 50 je duit yang aku asingkan untuk mak dia tak ambil.

Lain situasi pulak masa kat pasar. Aku pernah 2-3 kali beli ikan tetiba budak yang jual ikan tu kejar pulang duit baki sebab dia kata salah kira. Berlari kejar aku masa tu aku  kat area sayur dan pernah masa sekali tu aku dah nak balik dari pasar.

Pernah tak dengar doa ketika di pasar? Ustazah aku ada bagitau doa ni, memang zikir harian pun:-

LAA ILAAHA ILLALLAAH WAHDAHU LAA SYARIIKA LAH, LAHUL-MULKU WA LAHUL-HAMDU, WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIIR.
(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu)
Kat pasar kan banyak urusan jual beli, tempat yang melekakan dan melalaikan. Kalau boleh janganlah lama-lama kat pasar, dapat apa yang dicari cepat-cepat keluar.

Memang banyak fadhilatnya kita berzikir di masjid, rumah, tapi zikir di tempat awam yang biasanya tempat manusia leka dan lalai adalah amalan yang istimewa.Zikir ini sangat ringan tapi pahalanya sangat besar.Ok..Jom Zikir

Tuesday, December 17, 2013

Love December :)

Assalamualaikum,

Suka sangat bulan December mungkin sebab dah penghujung tahun, Bulan Bonus, Bulan Anniversary, Bulan Sale, bulan untuk exchange gifts dan bulan untuk menghargai antara satu sama lain ...
hihihi.ade ke???


Untuk Husband , perfume dari fragrance.my (ada sale sampai 25th Dec, hihi)



from Connie, TQ



for our Boss dari Lovely Lace (Lovely Lace pun ada sale)






Thursday, December 12, 2013

Sempena Anniversary Perkenalan kami yang ke 13 (18 Dec 2000 - 18 Dec 2013)

Assalamualaikum...

Masa dolu-dolu
Alhamdulillah.. next week anniversary kami..bukan wedding tapi date kami mula kenal. hihihi.. Anniversary ni antara tarikh-tarikh penting yang wajib ingat and celebrate. Aku tak ingat sangat sebenarnya date memula kami kenal tapi Jak tengok bill telefon celcom masa tu, dan inilah tarikh yang dipilih..

Kami kenal online chatting..Masa tu aku masih study di UPM dan dia masih training di MAS.Sebenarnya aku banyak member chatting, ni la hobi dulu, masa tu online chatting ni baru sangat. Jarangjarang yang tipu profile.Kebanyakkannya sincere dan betul..masa tu bulan puasa tak ada apa buat sementara tunggu buka puasa turun ke cyber cafe yang melambak kat Taman Sri Serdang tu apa lagi chatting ler ...hihihi

Dari chatting, kita borak-borak kat telefon..Masa tu aku kenal ada la 3-4 orang yang rajin call, tanya khabar, wish Hari Raya, Birthday.Tapi Kita borak-borak macam tu je la..Tak ada yang special. Kadang-kadang jumpa sekali dua. Itu pun berteman bawak roomate merangkap BFF Berry and Kak Fida.Tu yang aku pelik budak-budak sekarang berani-berani jumpa member FB yang tak kenal sorang-sorang. Dulu-dulu kita orang jumpa tempat public dan bawak kawan. Tak berani nak jumpa sorang. 

Setelah lama chatting, borak-borak kat telefon, beremail-email, sampaila satu hari Jak hantar e-card cam romantik-romantik gitu.hihihi.So aku pun balas la..ala-ala romatik jugak. Lepas tu dah start bergayut kat telefon berjam-jam.First kita jumpa kat Pudu.masa ni pudu memang glamer tempat jumpa member chatting. Mereka-mereka yang sezaman aku tu tau la kan..hahahhahha..Masa tu aku nak balik Kampung.Jak kata dia pakai jeans, t-shirt hitam n cap. Okla jumpa, minum-minum pastu dia hantar aku naik bas. Aku kata ok gak mamat ni hensem..Bila aku dah sampai kampung, dia telefon dan bergayut lagi, dia tanya aku soalan pelik-pelik lepas tu..

Lepas tu start la bercintan cintun..2nd time kita jumpa pegi KLCC. naik LRT masa tu. Aku ingat lagi dia bagi aku t-shirt MAS black kaler. Ada sampai sekarang. Sebelum kita orang balik dia belikan aku coklat. Masa tu Jak belum ada kereta.so, dating naik LRT je la selalunya dia ambik aku kat LRT Sg. Besi. Tak lama lepas tu Jak beli kereta. Ingat lagi masa 1st time nak cari aku kat Serdang dia sesat last-last dia giveup balik Aku pun merajuk la, dah siap-siap nak keluar..hihihi..Esoknya dia tanya aku nak tak ikut balik kampung dia sebab dia n kakak dia plan nak balik kampung tapi balik hari la, aku kata taknakla lagipun masih merajuk sebab dia tak datang semalam dan malu la nak ikut balik kampung. Dia agak frust la. Malam tu tak sangka dengar orang ketuk-ketuk pintu, rupanya dia dah sampai depan rumah..Baru sampai dari kampung macam-macam dia bawak, durian, makanan. Puas makan dengan housemate.So, aku turun minum dengan dia kat bawah dan tak merajuk dah. hihihi

Seingat aku kami jumpa boleh kata hari-hari. Berjauhan tak silap masa aku praktikal kat Pulau Kapas 2 bulan. Masa tu rindu gila.Tapi masa habis praktikal dia datang jemput aku kat Pulau Kapas. Dan ada sekali dok jauh masa dia kena rescue kapal kat Tawau. Seminggu kot, Nangis aku tunggu dia balik.

Pulau Kapas

Masa tu masa bercinta mati, hari-hari dia ulang alik subang-serdang.Gi minum je pun kat area Serdang.Masa tu kalau tak jumpa sehari semua rasa serba tak kena.. Alah, orang bercinta memang camtu. Dia mula bawak gi jumpa mak dia, family kakak-kakak dia kat KL.

Sampailah aku kerja sementara kat KL, dia ambik aku balik kerja.Dating hari-hari lepas balik kerja pulak. Selalu makan kat desa pandan je. Dia la bawak aku gi interview mana-mana pun. Gigih tolong aku carik kerja. Aku bersyukur sangat sebab dia banyak tolong aku kat KL, selain dari kawan UPM dulu, kak leen, yang ajak dok rumah sewa sekali. Kak Leen pun tolong aku cari kerja masa memula hidup kat KL.

Sampaila kami tunang, kawin sampai skarang Jak masih ada setiap kali aku memerlukan.Tipula tak pernah gaduh masa bercinta dulu.apa lagi dah kahwin ni. Sedangkan lidah lagi tergigit kan.Tapi Alhamdulillah setakat ni semuanya ok.Kadang-kadang dia dapat baca apa yang aku fikir.Dah lama kot kenal.dah masak perangai masing-masing. 

Terima kasih Jak ku sayang, sentiasa bersama dalam susah dan senang, semoga perkahwinan kita sentiasa mendapat berkat dari-Nya. Alhamdulillah di atas kurniaan zuriat permata hati kita, Harith..sama-samalah kita menjaga & mendidik dia menjadi anak yang soleh..




Lunch with Connie

Assalamualaikum,

Gembira hari ni Connie datang untuk lunch sama. Kami plan nak cari birthday present untuk boss. Tempat biasa yang paling dekat dengan office -Paradigm Mall..Lepas makan-makan kat Serai, baru jalan-jalan cari present. Masuk Lovely Lace, ada sale. Selamat jumpa present yang kami berkenan. Next Week bolehla bagi boss.

Wah cantiknya Christmas deco kat Paradigm Mall..ada Teddy Bear besar, kecik, rasa nak tidur kat tengah-tengah tu..Kat Boulevard ada Teddy Besar giler...kalau bawak budak-budak mesti best ni.Mak budak pun excited.





Monday, December 9, 2013

Cerita Weekend

Assalamualaikum..

Hari Jumaat kami balik ke Muar, Mak Mertua buat kenduri tahlil hari Sabtu. Kebetulan Harith pulak tak berapa sihat, dia memang alah pada cuaca hujan dan sejuk, cepat semput menyerang. Tapi Alhamdulillah, semalam dah ok dia. Tapi sepanjang perjalanan dia tidur je dan sesekali dia terjaga dia tanya kenapa lambat sangat kali ni nak sampai Muar. Disebabkan accident kat PLUS, dari Senawang ke Pedas Linggi ada kemalangan melibatkan 6 buah kenderaan, hanya emergency lane yang boleh lalu. So, Jak keluar exit PD lalu jalan lama dan keluar balik kat Air Keroh. Lalu jalan lama agak mencabar sikit tapi alhamdulillah pukul 10 lebih kami sampai Muar.

Esoknya bila baca status kawan-kawan kat FB ada yang sampai JB pukul 4/5 pagi ye.. Dugaan tu kan, Tapi cuba bayangkan yang terlibat dalam accident tu meninggal, mak dan anak 10 bulan, Ya Allah.Lagilah berat dugaan dan suami pulak cedera parah.Innalillah.Semoga Allah gantikan yang lebih baik.

Alhamdulillah kenduri berjalan lancar. Kami jangkakan tak ramai yang datang sebab hujan. Tapi Alhamdulillah ramai juga yang datang. Sesekali berkumpul adik beradik, ipar duai seronok juga, sesekali dapat peluang macam ni. Sempat jugak keluar dengan my biras, kak Maria dan kakak ipar, Kak Su beli buah untuk tetamu malam kenduri.Alhamdulillah balik Shah Alam semalam jalan clear dan sempat singgah Jusco beli beg sekolah Harith. Happy dia ;) 


Thursday, December 5, 2013

Harith kemaruk game Minecraft

Assalamualaikum,

Aku tak ingat sejak bila rasanya sejak pertengahan tahun ni kot Harith gila main game Minecraft. Aku macam.. apakebendetuh?? Kadang-kadang dia cerita aku tak berapa pay attention. Abah dia pun ada cerita, dia kata cam main Lego.susun susun block.hihihi tapi aku tak minatla nak ambik tau.Dia kata "Mak malam tadi saya mimpi Minecraft..adoii sampai termimpi-mimpi..Tapi sampai ke hari ni aku tak berapa ambik tahu.Tapi cuti sekolah ni hari-hari dia cerita pasal Minecraft, dari pagi bangun tidur, dalam lif masa aku ambik dia dari rumah babysitter, malam, sebelum tidur sampai tidur pun termimpi-mimpi apa cerita?? Lagi satu dia suka tengok Youtube macam mana nak bina itu ini dan macam mana nak survive dari monsters.

Untuk lebih memahami minat kesayangan ku ini.. aku tryla google apakebendenye Minecraft ni..Ok dah faham sikit.Ada Creative and Survival mode. Survival agak mengerikan.


"Minecraft is a game about breaking and placing blocks. At first, people built structures to protect against nocturnal monsters, but as the game grew players worked together to create wonderful, imaginative things.

It can also be about adventuring with friends or watching the sun rise over a blocky ocean. It’s pretty. Brave players battle terrible things in The Nether, which is more scary than pretty. You can also visit a land of mushrooms if it sounds more like your cup of tea"

Minecraft is split into two separate game modes. Creative and Survival. You can play both of them in multiplayer. If you’re mostly interested in making huge structures from scratch with unlimited resources, Creative mode is your best bet. You won’t see any enemies, and you can pull blocks of all shapes and sizes out of thin air. It’s a peaceful world.

However, if you’d prefer to adventure into a world of danger, where you’re crafting and creating out of necessity, you’ll probably want to play in Survival mode. That comes with gangs of monsters who want to break/explode/eat your bones, one pixel at a time. You’ll need to protect yourself from the creatures that come out at night.


Monday, December 2, 2013

Lunch with Carol ;)

Assalamualaikum,

Carol was my ex-colleague kat LMI ni. She is very young and cheerful person. Walau kami dah tak kerja sama, kadang-kadang kita plan to have lunch together so boleh jumpa and update perkembangan masing-masing. Dia sangat bertuah aku kira kerana parents dia sangat supportive dengan apa yang dia buat. Aku pernah jumpa parents dia, semua orang baik-baik. 

So kita lunch kat Serai, paradigm Mall, near to office. Cerita-cerita sampai pukul 2 lebih tak sedar..hihihi..Sebelum kami balik dia ada bagi aku paper bag with present and gift jugak untuk harith.
Oh.. Also Minyak Masak Aliff 3kg.. hahahah. TQ Carol for the gifts. 




Rezeki Harith

Assalamualaikum

Weekend ni sibuk beli baju sekolah Harith.Pagi-pagi dah keluar ke Tesco. Aku suka keluar awal pagi so tak ramai orang senang nak cari baju. Aku nampak baju sekolah brand Signature cuma RM6.90 je.Ok jugak kain dia. Rembat satu untuk Harith. Lagi 2 pasang baju dan seluar beli brand Canggih. Tahun lepas brand Signature ada jual set baju melayu, murah sebab aku beli untuk Harith tahun lepas. Tahun ni tak ada pulak. Sebab Harith cuma pakai baju melayu ngan samping hari Jumaat je aku beli selai je kat Hari-Hari cuma RM24.90. Tinggal beli kasut ngan beg dia je lagi.Oh..stationeries pun belum. Kalau beli kat Tesco lebih dari RM150 dapat voucher RM10.00. Bolehla guna masa nak beli stationeries dia nanti.

Settle kat Tesco, Jak ajak pegi Ikea tengok katil untuk Harith. Kata dia ada sale. So, sampaila kami kat Ikea dalam pukul 10 pagi. Orang punyalah ramai.. sesak..adoii.





Akhirnya dapat beli katil dia, nak beli tilam tapi tak muat kete kecik..hihihi. Harith siap nak cadar yang sama macam display..macam-macam la budak kecik ni.




Thursday, November 21, 2013

Aktiviti masa cuti sekolah Dulu Vs Sekarang

Assalamualaikum

Wah, sekarang dah cuti sekolah. Seronoknya budak-budak boleh main setiap hari, takde homework, boleh tidur lambat..hihihi..tu anak aku la tu Harith.

Beza sangat dulu dengan sekarang. Dulu-dulu masa cuti sekolah aku dengan kawan-kawan kalau nak main kat taman permainan kena berjalan kaki jauh gila dari rumah..Siap-siap bawak air takut haus tengah jalan.Sekarang Taman permainan cuma kat bawah apartment je..turun lift Harith terus boleh main buai, jongkang-jongkit, gelungsur..hihihi. Tapi biasanya dulu-dulu kitaorang biasa main area rumah je ngan jiran-jiran.Main Belon Acah, Ting-ting, batu seremban, main ceper, terup. Aku dengan abang aku dulu kalau nak keluar rumah takut kalau abah ada. Abah biasa keluar awal pagi dan balik tengahari makan. Lepas tu pukul 2 petang dia pergi kerja balik. Kita orang standby je buat-buat tidur, cun-cun bunyi motor abah dah pergi kerja, kita orang pun merayau rumah jiran-jiran main.Sebelum abah balik pukul 4.30 kita orang cepat-cepat balik rumah. Lepas abah dah balik buat-buat konon baru nak keluar main.hihihi.. Kadang-kadang kena tangkap jugak dengan abah.kenala sedas dua.. tapi itu pun tak serik. Nanti buat lagi.Kena pukul nangis.hihihi. Tapi gila syok main dulu selagi tak maghrib tak balik.
Agak-agak nak adventure sikit, kita orang gi mancing kat kolam/longkang. Tapi jauh sikit la..kena lalu cam area hutan-hutan, kebun orang. Jalan yang sama kita orang kalau jalan kaki pergi sekolah. lalu jalan belakang tembus padang sekolah.Sampai sekolah berpeluh-peluh.hihihi

Zaman sekarang ni, aku nak bagi anak main kat taman bawah pun susah nak percaya sebab dia pernah jatuh patah tangan kat taman. Selalu kawankawan dia datang ajak main kadang-kadang kesian aku bagi la jugak dia turun sekejap. Tapi tak best rasanya zaman sekarang cam anak aku kalau tak main tablet, dia main lego, play doh..tengok kartun. Itu je lah aktiviti pun yang ada. Atuk Timah ada bagi papan karom yang kecik tu , dia selalu paksa aku main..hihihi..Untuk menjadikan cuti sekolah ni bermanfaat aku belikan buku latihan untuk beberapa subjek, so at least dia ada jugak buat sikit latihan masa kat rumah babysitter. Next year subjek lagi banyak dan mencabar.Mak bapak yang stress. hihihi





Tuesday, November 19, 2013

Wedding Ului n Uteh - 16 & 17 November 2013




Weekend lepas rombongan menghantar adik Ului ke Triang Pahang nikah Sabtu dan Majlis hari Ahad. Selain adik beradik, Atok Ngah lelaki n perempuan, Atuk, Mak Long, kawan abah Cik emi dan Cik Semah. Moksu dan Poksu datang lambat sikit.Semua bertolak dari Johor kecuali  kami bertolak dari Shah Alam pukul 11 pagi. Dalam pukul 1 dah berhenti kat RnR Lanchang makan tengahari. Telefon Ijam sebab dia pun jalan sekali dai Shah Alam tapi dia dah ke depan pulak tak dapat makan sama. Lama jugak rest makan n solat. Lepas tu jalan balik sampai Temerloh. Berhenti kejap jumpa Ijam dan Su.

Kami jalan slow slow dan sampai di Petronas Sebertak dalam pukul 4 ptg. Tunggu rombongan dari Johor tak lama sampai. Dan kami gerak ke rumah pengantin perempuan. Derang sediakan makan. So kami makan lepas tu pergi rumah bersanggah. Rumah yang kami duduk ni kepunyaan seorang pakcik, duda. Rumahnya luas dan selesa alhamdulillah.

Malam bersiap siap untuk ke Majlis Nikah. Nikah dalam pukul 9 malam, Alhamdulillah dalam sekali lafaz adik Ului dah selamat menjadi suami orang. hihihi. Tak sangka dalam usia yang muda Ului agak matang dan banyak tanggungjawab. Walaupun dia nampak macam banyak enjoy, masa pun banyak dengan kawan-kawan tapi dia tetap bertanggungjawab pada keluarga. Untuk wedding ni aku rasa banyak yang dia urus sendiri.Nampak pelamin tu? dia yang cat tu dan deco. Budak art la katakan. 

Bersanding memang sempoi.. boleh pulak tengah duduk bersanding dia bangun panggil abah kat luar ajak bergambar.hihi.. Masa makan berdamai pun sama..dia gi ambil lauk-lauk kat depan dia pass pass pada family dan kawankawan. Ului ului..

Selamat Pengantin Baru adikku, semoga diberkati pekahwinan ini dan dimurahkan rezeki sekeluarga.





Wednesday, November 13, 2013

Small things that make me happy today :)

Assalamualaikum

 

Dah lama berkenan kat Pin Tudung Butterfly ni. Semalam order hari ni dah sampai... Rasa sungguh gembira walaupun Pin ni kecik je tapi buat aku tersenyum senyum hari ni.. Ada Banyak design lagi di eyecandybycakeworm. Nanti nak pi tengok design lain lagi. Thank you Edi @eyecandybycakeworm... Love this Pin tudung so much :)

Nak Order: Eye Candy
Instagram: eyecandybycakeworm
019-314 4634
eyecandybycakeworm@gmail.com










Monday, November 11, 2013

Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum

Dari awal memang niat nak masukkan Harith ke Sekolah Agama Integrasi. Memang kena apply awal tapi make sure kita daftar jugak sekolah rendah biasa, mana tahu kalau tak berjaya kat Sekolah Integrasi ni, at least anak kita dah ada tempat kat sekolah biasa. Sebabnya Sekolah Integrasi ni ada peperiksaan masa anak kita umur 6 tahun, yang lulus barulah dapat tempat kat SRAI ni. Rasanya permohonan buka start April kot. Lepas tu sekolah akan panggil exam. Katanya ada buku panduan untuk exam ni tapi kita orang tak tau pun. So, Harith main belasah je pergi..hihihi. Tapi kan yang penting anak kita dah pandai baca. So dia boleh jawab soalan.

Alhamdulillah dia lulus exam tu. Masa tu nama dia pun dah masuk ke kelas yang ke 4. Cuma ada 4 kelas je. Firdaus, Naim, Ma'wa, Adnin. Satu kelas ada lebih kurang 30++ murid.Yang bestnya SRAI dia gabung subjek agama dan kebangsaan. Contohnya, jadual hari Isnin ada BM, BI, Feqah, Al-Quran, Jawi, Sains. Kelas start pukul 7.30 pagi-2.30 ptg. Ada rehat 2 kali. Dalam pukul 10 kot kena sembahyang Dhuha. dan sebelum balik kena solat Zuhur dulu.So, Harith naik van dalam pukul 3ptg. Sampai rumah sebelum 3.30 ptg.

Sebenarnya susah nak carik van sekolah yang nak masuk ke area rumah kami sebab kebanyakan budak-budak sekolah di Seksyen 6. So, kebanyakan van tak lalu sekolah Harith kat Seksyen 7. Nasib baik jumpa satu kakak yang bawak van ni sanggup ambil harith balik sekolah. Bayaran sehala RM80. Pergi sekolah pagi kami hantar sebelum pergi kerja.Kakak ni pun ok, hampir 2 tahun tak pernah lagi ada problem. Alhamdulillah.

Persaingan sangat kuat kat sekolah ni. Harith daripada kelas ke 4 dia dapat naik ke kelas yang ke 2 masa darjah 2.Tapi kelas ke 2 ni pun budak pandai-pandai..Tak dapat bayangkan budak kat kelas pertama -Firdaus mesti semua hebat-hebat.cikgu tak payah ajar kot..hahhahahha. Masa 1st exam aku tengok harith no 34/36. rasa nak pengsan. Tapi peratus tinggi 87++%. Bila tanya cikgu, cikgu kata persaingan memang sengit. Beza cuma 0.00++% kadang-kadang. Cikgu kata jangan tengok nombor. Exam akhir tahun tu aku ngan Jak sama-sama ulangkaji dengan dia. Stress si harith..Oklah result dia naik no 22. Dan next year Darjah 3 masih kelas yang sama. Aduhai kesian budak-budak sekarang silibus mata pelajaran semakin bertambah. Aku tengok Math dia pun macam Eh..darjah 2 dah blaja ni??. Dan dengarnya darjah 4 kot nak tambah subjek sejarah?? Semakin terbebanlah budak-budak ..kesian..kesian

Friday, November 8, 2013

JADILAH SIAPA SAJA - Karya Ab Aziz Deraman

Assalamualaikum....

Pagi tadi terdengar kat IKIM.fm Sajak ni...Karya A. Aziz Deraman. very motivating dan boleh dijadikan panduan..Jadilah Siapa Saja kawan...

JADILAH SIAPA SAJA

Jadilah pelaut kautahu lautan hidup bergelombang
Jadilah petani kaukenali keringat sawah ladang
Jadilah pengayuh beca kaurasai roda lelah seharian
Jadilah pemandu teksi begitu perit memperoleh sesuap nasi
Jadilah penukang pengukir belum pasti makmur memahat diri
Jadilah penoreh getah perhatikan derita susunya di musim hujan
Jadilah pemanjat kelapa keamanan melambai keadilan.

Jadi pemuzik jadi penggubah jadi penyanyi
Jadi penulis lirik akan tercantum lagu dunia seni
Jadi pengarah jadi pelakon jadi pelawak tahu harga diri
Jadi pelukis karyamu lama tidak terhakis siang malam
Jadi pereka bentuk segalanya melakar manis masam
Jadi penulis bergelar sasterawan tahu merakam adab
Jadi pencatat zaman semua seniman berfikir hebat

Jadi pelajar kau belajar, sebagai pengajar jangan kurang ajar
Jadi pendidik tugasan guru di tanganmu lahir pemimpin besar
Jadi pelatih jangan tahu maki herdik oleh letih lesu nafsu marah
Jadi pensyarah tahu kaedah sedar insaf akan ilmu yang parah
Jadi perancang di situ berfikir selok-belok gerak ekonomi rakyat
Jadi peguam fasih tutur lidahmu kelak kebenaran hukum terletak
Jadi komander kau kawal pesawat para penumpang terselamat

Jadilah siapa saja ikut keupayaan kebolehan diri
Jadi pemimpin tanggungjawab membangun pertiwi
Jadi engkaulah penjaga bangsa agar tidak terumbang ambing
Jadi engkaulah pengawas warga agar tahu mentafsir musim
Jadi perdana menteri tahu berperi sedia berani mati
Jadi permaisuri di sisi hikmah ceria raja selalu bestari
Jadi pemaaf seumpama pendakwah terlihat amal makruf
Jadi pendorong jauhi nahi mungkar jasa bakti diselangi takruf
Jadilah kita semua pekerja tahu hidup sebelum mati
Jadikan kematian itu sanya pedoman kembara diri
Jadi satu cangkir yang setiap kata akan menghirupnya
Jadi batas dunia dan barzakh di hisab dosa pahala!

- Ab Aziz Deraman


 

Thursday, November 7, 2013

Pisang Lilin

Assalamualaikum..


Alhamdulillah mak kirim pisang lilin dari kampung. Semalam aku balik keje terus pergi dapur tengok dah masak ke belum sebab masa hari selasa hijau lagi. Semalam aku tengok dah kuning semuanya.. wahh..syoknya terus goreng. habis sepinggan makan dengan jak.hihihi.

Pisang ni susah nak jumpa kat sini. Pastu nama dia mesti lain kot. Orang Johor panggil pisang lilin. Tak tau la kat tempat lain apa nama dia. Jak suka pisang ni.manis. Mak ada kirim pisang nipah/abu sekali tapi dah selamat aku goreng dua hari lepas sebab dia macam dah masak sangat, adik aku si ului letak dalam kereta lama. terus masak pisang tu.

Kalau kat Shah alam ni beli pisang goreng tepi jalan tu tawar je pisangnya. Macam pisang belum masak sangat derang dah goreng jual.So bila goreng tak manis sangat la..TQ mak abah kirim pisang...puas makan..;)


Wednesday, November 6, 2013

Bila anak sakit

Assalamualaikum

Alhamdulillah cuti lama weekend sempena Deepavali dan Maal Hijrah. Tapi Harith pulak tak sihat.Bermula dengan selsema, batuk dan melarat ke semput.Hari Sabtu tu dia melepek je tidur. Tak pernah macam ni selalu aktif sangat.Bila dia tidur je kesian tengok dia.


Bila anak sakit, mood pun tak ada.mak abah pun layu jek..hihihi..Tapi Alhamdulillah 2 hari je dia sakit.Isnin dia dah ok tapi aku tak bagi dia pegi sekolah dulu. So happylah dia cuti sampai Selasa. Hari ni nak kejut bangun tidur punyalah susah.

Masa dia tak sihat tu, aku masak bubur untuk dia. kejap je makan dah muntah habis semua. Ada sekali dia tak sempat pergi toilet dah melambak atas karpet.. adoii.. kesian kesian.. 2 malam jugak mak abah angkut bantal tidur bilik dia. Malam tidur merengek je. Mak pun tak dapat lena.

Alhamdulillah dah sihat. Hari ni dia pulang buku teks kat sekolah. Esok maybe dapat buku teks untuk Darjah 3 pulak. Cepatnya masa kan, lagi 2 minggu cuti sekolah.

Tuesday, October 29, 2013

Sampai masa ku pergi jua...hihihi

Assalamualaikum

Aku dah kerja di company ni dah masuk 9 tahun. lama tu..apa yang buat aku bertahan mungkin environment yang flexible kot. Boss pun ok walau colleagues dah banyak yang keluar masuk. Aku selesa kat sini sebab tempat keje Jak pun dekat. Kalau apa-apa emergency dia boleh datang cepat.hihihi.
Kadang-kadang kalau cuti sekolah boss bagi bawak harith. Harith pun beruntung boss aku banyak bagi dia mainan.Kalau angpow ke duit raya ke mesti ada bahagian Harith sekali.

Tapi sejak big boss passed away last Dec, lady boss dah macam tak ada semangat nak teruskan business. So, lepas setahun dia rasa kena let go sebab dia dah tak boleh nak handle maybe sebab salah satunya faktor usia.

So, maybe by end of this year company akan close. Kalau ada rezeki insyaallah aku akan kerja kat shah alam. next year macam-macam adjustment nak buat kot. Start new again.

Rasanya banyak yang akan dirindui kat kelana jaya ni. Office ni dah macam rumah ke 2. macam-macam suka duka sepanjang lebih 9 tahun kat sini. Alololo.. kang meleleh pulaks. Nak buat macam mana, memang niat nak berhijrah tu dah lama tapi disebabkan kesihatan boss masa tu sampai lah dia meninggal sebab brain cancer aku masih setia jaga office..perancangan Allah itu lebih baik.. Aminnn

Thursday, October 24, 2013

Macam Mana Nak improve Self Esteem

Assalamualaikum,

Macam mana nak improve self esteem? Aku dapat ni masa attend one of training conferences. My boss shared one video during class, sempat tulis point ni :

TIPs (sebenarnya ada 10 tips satu lagi tak sempat catat)

1) Stop Comparing Yourself to other People
2) Keep Your Positive Thoughts
3) Create a New Challenge
4) Feed yourself with positivity
5) Associate with Supportive People
6) Celebrate Your Qualities
7) Do Good For Others
8) Find Your Passion
9) Be You

We need change to get better results - berhijrah maybe???
Change / perubahan mungkin disebabkan desperate atau inspiration?? bergantung

Untuk berubah, kita kena sincerely want, willing and make the effort to change..

Untuk berubah pun kena ada strategi:-

1) Raise your standard - Do more than usual
2) Change Your strategy - Do Things Differenly
3) Change Your Limiting belief

Dan ingat "What you have learn, yang tak baik , you can always unlearn!

Wednesday, October 23, 2013

Semoga kita sentiasa berbaik sangka

Assalamualaikum,

Kenapa dalam fikiran kita sentiasa ada sifat buruk sangka ye..Yes, aku pun sama. Susah nak tepis sifat ni tapi aku sedang berusahala ni.Ya..kita kena usaha supaya sentiasa berburuk sangka sesama manusia.
Tapi kejadian kat office tadi buat aku fikir balik, ini bukan pertama kali, dah berkali-kali.

Aku hantar courier untuk pickup cheque dari company client sebab client aku call kata cheque dah siap boleh collect.Then pagi tadi aku received call dari courier service kata tak dapat call staff yang pegang cheque tu dan bila courier datang untuk pickup cheque, ada staff sana kata takde cheque untuk company aku.Dia nak arrange pickup sekali lagi dan mintak aku call client aku semula.

Tau apa dalam fikiran aku? Mestilah nak marah..Eh, semalam ko suruh aku collect cheque, sekarang nak collect takde cheque pulak. Lepas tu client call balik kata cheque tu sebenarnya dah collect semalam oleh courier, dia kata dia dah chop sign, siap bagi nama siapa yang collect..Dalam otak aku fikir eh apa dah jadi dengan cheque tu, budak courier tu curi ke.. jahat kan aku fikir macam tu.. Yelah macam mana company courier tu boleh tak tahu cheque tu dah collect, siap kata dah pergi sana tapi tak ada cheque. Apa ni? Serius tak faham. Tak lama lepas tu ada budak courier datang office bawak cheque aku dengan selamatnya dan orang courier yang call aku tu masih tak tahu cheque tu dah collect.. Aku agak ni masalah intenal communication dalam courier service ni. Tak pasal-pasal aku dah buruk sangka pada budak courier ni. Selama dekat 10 tahun aku tak pernah hadapi masalah dengan courier service ni. Ada la masalah lambat tapi sekali dua je. 

Itu cerita aku. Aku ada nak share satu lagi cerita dari boss aku. Dia pergi masjid untuk solat Jumaat. Dan kat masjid ada orang sedekah buah epal. Boss aku pun ambil satu dan dia nampak ada sorang ni ambil 2 biji. Dalam otak dia kenapa ambil 2, tamaklah. Sekali masa nak keluar masjid dia nampak orang ni pergi bagi sebiji epal tu pada peminta sedekah kat luar masjid. See??? Kan bagus kalau fikiran kita sentiasa berbaik sangka..

Tuesday, October 22, 2013

Cepatnya anak membesar

Assalamualaikum

Cepatnya Harith besar, tahun depan dah nak masuk darjah 3. 9 tahun tu.. adoiii

Sejak beberapa hari ni aku perasan harith malu bila aku cium peluk dia masa nak hantar masuk sekolah..dia tengok kiri kanan..Lepas tu aku lambai, bye, bye, dia tunduk je tangan lambai kat bawah jek.. adodoi..dah pandai malu ler. Aku mengadu kat Jak, Jak gelak je.

Cepatnya dia besar..dah pandai malu..pada aku dia macam baby lagi. sebelum tidur peluk cium dia..bau busuk pun beshhhh..hihihi.

Sekarang baru sekolah rendah, kang dah masuk Tingkatan 1 camner..Oh.. I want to share this :-


Thursday, October 17, 2013

Produk NDZ - Nur Darwisyah Zaakirah

Assalamualaikum..







Muka aku memang jenis berjerawat dan kering. Banyak jugak try produk-produk lain tapi kesannya sekejap jelah..lepas tu sama je.hihihi.. Aku pun bukan jenis particular pasal muka sangat. Sekarang busy konon..tapi busy kerja-kerja harian kat rumah jelah.Kalau kerja kat opis agak stress lagila menjadi-jadi jerawat ni. lagi satu kalau period nak datang..lagila jerawat bersusun..pening mokcikk

Lama-lama aku dah malas..pakai Olay je. pencuci muka aku pakai Nuetrogena. Ini je yang ok dengan muka aku.

   Sampailah awal tahun 2013 ni masa tu balik Muar ada kenduri. Kak ngah Kak Su dan anak-anak sedara sibuk-sibuk cerita pasal produk NDZ ni. Macam gambo kat atas tu ada sabun dan krim. Aku dan biras, Kak maria pun saje nak menyibuk jugak. Try la. Eh sekali tengok ok pulak sesuai dengan muka. Muka pun jadi cerah sikit.. chewah.. Suka... suka...Masuk kotak ke 2 makin ok so aku teruskan sampai sekarang. Bukanlah terus takde jerawat tapinya jerawat cepat mengecut dan tak tinggal parut sangat. Aku puas hati sangat. Lagi satu senang nak order sebab Kak ngah dealer. Contact Habibah - 017-6314729 


Eh..eh.. nak tengok testimonial aku ke..hihihi

Tapi aku takde gambo sebelum la..selepas je ada..hihihi



Wednesday, October 16, 2013

Aku yang dulu bukan yang sekarang by Syirah and Mia ;)


Video masa balik kampung hari tu.. Kakak malu-malu nak nyanyi..hihihi. Mia nyanyi halfway..background suara director (mak)

Masa on the way balik ke KL hari tu..lagu Tegar ni asyik kedengaran kat radio..harith pun suka nyanyi

Jak tanya aku : yang tau tak wang ricihan tu apa.. aku kata duit syiling (aku tau sebab mak cakap)

Jak kata dia tahu sebab derang tanya cleaner kat opis..hihi

Pastu aku tanya dia pengamen tu tau tak apa? Jak kata pengemis la.. aku gelakkan dia.. bukanlah! mak kata cam penghibur jalanan tu..hahhahha..betul kan? aku jarang tengok sinetron kat tv, tak tahu sangat bahasa indon ni..


Aidiladha 2013

Assalamualaikum

Salam Aidiladha

"Jangan lupa untuk terus beramal dengan takbir raya pada setiap kali "selepas solat" fardhu atau pun sunat, sehinggalah asar / sebelum terbenamnya matahari hari ke 3 tasyrik" - dari fb Ustaz Wan Shohor

Seperti biasa raya haji biasa kami memang tak balik kampung. Jak biasanya keje raya haji. Tahun-tahun sebelum ni biasa beraya kat rumah kak ngah sebab mak mertua ada kat sana tapi kali ni tak pergi sebab Harith exam minggu ni so memang kena dok umah tengok dia study.

Tapi pagi-pagi Jak dan harith sembahyang raya kat masjid negeri. Lepas tu tengok lembu korban kat masjid. Lepas tu baru Jak pergi kerja. Aku sembahyang raya sendiri je kat rumah. Ni harith ambik gambar masa kat masjid.




Lepas harith balik dari masjid dia start baca buku untuk exam. Aku tanya dia soalan-soalan exam lepas. Alhamdulillah.. dia dapat jawab semua. Harap-harapnya exam akhir tahun ni ok la. Itu je lah aktiviti kami masa cuti raya haji. tengok banyak kawan-kawan post gambar raya dan juadah raya, sedapnya rendang n ketupat..hihihi.

Wednesday, October 9, 2013

Madu untuk pesakit asthma




Assalamualaikum

Harith memang ada penyakit asma sejak umur dia setahun. Kadang-kadang bergantung pada cuaca, kalau hujan dan cuaca sejuk penyakit ni memang senang menyerang harith. Dulu-dulu takut sangat kalau dia kena asma, rasa nak pergi klinik terus. Ingat lagi kalau masa dia kecik 2-3 tahun kalau kena attack, kalau masa tu Jak kerja aku call terus suruh balik sebab kadang-kadang bagi ubat pun tak jalan. Kena amik gas kat klinik.

Tapi sekarang dah ok sikit. Tak tau kenapa maybe sebab dia dah besar sikit. Lagipun Jak hari-hari bagi dia madu yang campur habatussauda dan Za'faran. Kita orang dah try bermacam-macam jenis madu dan setakat ni madu ni yang paling effective. Pernah Jak tukar madu jenis lain, asthma dia datang balik.
So, aku percaya pada madu ni je buat masa ni.Jak selalu bagi pagi sebelum pergi sekolah, campur dengan air. Tapi kalau masa Harith kena batuk plus selsema, Jak tak campur air, bagi camtu je terus. Cepat baik batuk dia.

Harap-harap penyakit ni dapat hilang terus di masa akan datang. Sebab kalau kena attack memang effect sekolah dia, pelajaran dia. Ingat lagi masa 1st day nak masuk darjah 1 dia tak dapat sekolah sebab asthma. 2nd day baru sekolah itupun kita orang prepare inhaler dan ubat dia untuk bawak ke sekolah. Memang risau la as parents kalau anak sakit. In-syaallah..akan terus amalkan madu ni untuk harith. Semoga harith terus sihat.. aminn


Wednesday, October 2, 2013

Blessed Birthday 22 Sept 2013


Assalamualaikum

Alhamdulillah..dipanjangkan umur setahun lagi. Terima kasih jugak pada ucapan-ucapan dan birthday present dari family & friends.Saya berharap dengan umur ini dapat saya memanfaatkan dengan perkara-perkara baik dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya dan keberkatan-Nya.Semoga dapat menjadi anak dan isteri yang solehah.Tidak ada yang paling membahagiakan selain daripada berada di dalam lingkungan orang-orang yang menyayangi kita.Aminn

Tuesday, October 1, 2013

Weekend bersama family

Weekend lepas pulang ke kampung jenguk mak dan abah. Mak dan abah alhamdulillah sihat. Nasib baik ada adik bongsu, Ebok meneman mereka di kampung. Bolehla diharap ke kedai kalau ada barang dapur yang kurang.Oleh kerana bertolak agak lewat sampai di kampung lebih kurang pukul 2.30pagi. Kadang-kadang sangat pelik di lebuhraya Utara Selatan area Seremban Senawang memanjang jem di hujung minggu tak kira waktu.

Bangun pagi keluar rumah sejuk terasa embun pagi.Keluar rumah nampak bunga-bunga mak segar-segar semua. Aku keluar dengan adik naik motor cari sarapan.Nampak kat dapur mak tengah buat roti canai.Aku singgah gerai makcik yang jual nasi lemak dan kuih muih. Nasi lemak sebungkus masih seringgit. Kuih-muih pulak 4 biji seringgit. Murah kan. Sedap-sedap pulak tu.

Sebenarnya bila balik kampung aku kurang gemar keluar ke tempat lain. Lagi suka habiskan masa kat rumah, pusing keliling rumah, tengok kucing, ayam mak, bunga-bunga mak.Tengok mak masak, tolong mak kat dapur dan kadang kadang tolong kemas rumah.Kalau ada anak sedara yang darjah 3, si Syirah dia suka tolong vacum, mop lantai.

Aku keluar ke kedai runcit nak beli barang barang basah nak masak.Macam-macam menu dah ada dalam kepala..hihihi. Lepas tu masak dengan mak kat dapur.

Kalau kat kampung ni selera lain macam sikit. Asyik terasa nak makan je. bahaya ni.

Petang abah cadang nak ambil cucu-cucu di rumah nenek mereka di Aping. Kat atas tu la gambar diaorang. Kesian cuti-cuti hujung minggu ibu ayah kerja. Bila kami datang ambil semua suka gila. Nampak kami sampai dah melompat-lompat. Sempat singgah pasar malam dia orang nak minum ice blended, nak makan nugget, nak makan roti boom. Macam-macam. Si kecik Mia, ikut je jalan tak banyak bising, tak pandai mintak itu ini. Dulu kalau Harith kat tempat mainan tu dia berdiri lama-lama siap nangis-nangis kalau tak dapat mainan.Aku tengok adik beradik ni sangat berdikari. Kakak kemas baju-baju, susu adik. masing-masing jaga adik.

Malam pulak aku sempat tolong dia orang buat kerja sekolah. Terpikir pulak selama ni siapa ajar dia orang buat homework kalau tinggal dengan atuk nenek. Kesian pulak.

Hari Sabtu yang sangat padat aktiviti dengan anak-anak sedara. Ahad pulak pagi-pagi dah balik ke Shah Alam.Rasa sangat singkat bersama mereka semua.