Search This Blog

Monday, November 12, 2012

Siti Situ Sana Sini

Jak hadiahkan oven ms birthday hari tu.. setakat ni, oven ni dah masak macam-macam, pizza, kek pisang, cream puff, kaya ball, mable cake, chocolate cake and latest buat kambing bakar, Jak's fav. Lepas ni nak masak apa lagi ntah..hehhehe

ni masa Hari Sukan SRAI Seksyen 7. pukul 10 lebih aku dah kidnap bawak balik..

dah itu jek nak update

Monday, November 5, 2012

Reality begins

Reality begins for my boss. Yes, dia memang dah buat operation buang tumor tapi nampaknya tumor tu datang balik. Lepas operation hinggalah 3 minggu lepas dia ok, still remember everything. tapi aku perasan sejak 2 mggu kebelakangan ni dia start lupa. dia lupa date ada training, dia lupa ada berapa conference. and he keeps calling me many times nak tanya itu ini , dia kata dia confuse.. kesiannya dia. he.even call me on saturday!..rasanya dia lupa saturday kita tak keje.. hmmm.. apa nak buat ni. Just now his wife also my boss informed that now they have daycare nurse to take care of him. also my Mrs cannot leave him alone..

It's reality.. dan semuanya jadi depan mata aku.. pengalaman menghadapi pesakit with brain tumor. Ya Allah.. berilah aku kesabaran.. sesungguhnya apa yang aku alami hanyalah bahagian kecil tapi berat lagi mereka yg memikul bebanan itu ya Allah

Friday, November 2, 2012

Bersyukurlah...

Pejam celik-pejam celik Harith pun dah nak cuti sekolah, taun depan naik darjah dua plak.. cepatnya masa berlalu.. esok-esok kita pun tak dapat jangka apa yang akan jadi..Aku sangat-sangat bersyukur kami sekeluarga diberi nikmat kesihatan dan semoga Allah berkatkan kehidupan kami.Hari-hari aku berdoa, amalkan zikir2..tambahkan amalan-amalan apa yang patut untuk melindungi kehidupan kini yg amat-amat mencabar dan bekalan untuk dunia yg satu lagi.

Seperti entry sebelum ni yang aku cite pasal boss yang sakit brain tumor tu pun dah selamat operation bulan 5. kesihatan dia selepas tu ok la.. cuma sejak 2-3 minggu lepas aku rasa keadaan dia agak tak stabil. dia call opis setiap hari dan kadang kala bertanyakan hal yang sama dan menyebut perkara yang sama. ade satu hari tu, dia call aku dekat 7-8 kali sehari dan mengulang2 bertanya perkara yang sama.. kadang-kadang agak stress juga dibuatnya tapi memikirkan keadaan dia ku layan kan je la.. Lagipun selepas scan bulan 7 masih ada ketumbuhan lagi di tempat yang sama. sekarang ketumbuhan tu makin membesar..hari ni dia ada checkup lagi dan akan scan semula. menurut anaknya mungkin akan buat operation kali ke dua.tengok keadaan dia macam mana. Ingatan dia sekarang pun semakin kurang. dia ada attend training kami di eastin Hotel dan aku tengok keadaannya tak berapa sihat..bila dah duduk nak bangun pun macam nak terjatuh. tak taulah macam mana nanti. hmm. semua ini sangat tidak djangka. Mr. Teo adalah seorang yang sangat sihat, tak smoking, tak minum dan sangat2 menjaga pemakanan hari2. namun semuanya dah tersurat kot. 

Perancangan masa cuti sekolah ingat nak sunatkan si Harith.. ni cadangan abah dia ikutkan aku rasa dia cam kecik lagi, sian plak kat dia..hehheh.tengoklah macam mana.tapi ada planning nak letak dia kat kampung. atuk ngan nenek sunyi, bolehla jadi peneman. sekarang tengah pikir hari yang sesuai nak hantar dia.

Adik aku plak Ului akan bertunang pada 1st Dec ni di Pahang. in-syaallah kami akan konvoi beramai2 masa majlis tu nanti. harap-harap semuanya berjalan lancar.