Search This Blog

Monday, February 28, 2011

Maher Zain Concert 25th Feb 2011

walaupun masa tu hujan di shah alam, stadium shah alam penuh dgn peminat Maher Zain..start at 9.10pm.opening by INTEAM,  bawak lagu-lagu glamer dulu, kasih Kekasih, Nur Kasih, Rabiatul Adawiyah.. +++.. ada penyanyi MESUT KURTIS n IRFAN MAKKI also..

konsert dia mmg best giler.. MZ nyanyi penuh feel.. lagu yg paling bermakna untuk MZ - Thank You Allah yg menceritakan transformasi MZ ke arah yg lebih baik... ada lagu baru FREEDOM.. ditujukan kpd rakyat mesir, libya..

Aku n Carol, really enjoy the performance.. when came to d last song, audience masih tak puas membuatkan MZ nyanyi balik lagu feveret, for the rest of my lfe, lagu baru FREEdom and inshaallah.. and INSHAALLAH, aku akan datang lagi konsert dia akan datang..malam tu balik dari stadium dgn hati yg PUAS walaupun konsert habis hampir kul 12 tgh mlm..LOVE U MZ!!

kat bawah ni aku ada sharing video dari youtube.. TQ all!!!

Maher Zain - Freedom (Latest unreleased single)

Maher Zain live in concert malaysia, For the rest of my life

Maher Zain-For The Rest Of My Life live in Shah Alam.MP4

Maher Zain - The Chosen One - Live In Concert KL 26 February 2011

Friday, February 25, 2011

Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra



Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

(
"Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


35. Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung [1452]

[1452] Maksudnya: tanpa melalui kelahiran dan langsung menjadi gadis.

36. dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan.

37. penuh cinta lagi sebaya umurnya.

38. (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan,

aku lupa.. lupa..lupa lagi...

hmm.. kenapa ek aku selalu lupa? byk makan semut kot.. bos aku ade lunch appointment kat klgcc, aku lupa nak book..tadi dia call bising laa..tapi dia pun sama jugak, nak lunch kul 12.30.. kul 11 lebey baru bgtau aku, aku plak tgh buat bende lain .. mana tak lupeee.. sorang2 kat opis ni buat sume mende..nak prepare utk felda class nx week lagi..tensionnnye

ni bukan kali pertama ok, last time ade email penting aku kena antar kat satu menteri ni aka kawan baik dia..pun sama aku lupa.. cuma bila dia tepon aku pukul 6 lebih, baru teringat n aku dah selamat smpi kat umah.. hari jumaat plak tu.. pastu baru dia bgtau urgent.. hmm.. mintakk mahap je laa..aku rasa mesti dia marah sgt ngan aku kan.. kan. baik la aku prepare apa2 yg patut ..

Wednesday, February 23, 2011

penatnya...

smlm seharian di dewan perdana felda utk assist training.. yg best nya kat dewan perdana dia punya makanan ler.. felda dsaji mmg superbbb....

balik pulak mengadap jem kat kl ngan hujan lagi.. took 1 hour to reach office.. aduhaii.. penatnya badan..

dah sampai umah, cepat-cepat ke dapur, masak nasi, buat sup ayam.. semalam ada ikan bakar mintak tulun emy panaskan.. jadikkk la tuh...Harith dah sibuk plak nak makan.. aku soh dia makan sendiri sbb aku pun nak mandi n solat.. and pas maghrib ingat nak lelapkan mata kejap sementara tunggu Isya'.. tapi baru nak lelap mata, budak kecik Harith ni kacau aku plaks..

Harith:  Mak, kenapa mak baring, mak sakit kaki ke.. pening kepala?
Aku:  Mak penat la.. sakit kepala
Harith: oh.. nanti jap nak ambik minyak kapak (sambil terus berlari kuar bilik carik minyak kapak)

tak lama pastu dia masuk, sapu minyak kapak kat kepala aku..adoi la.. dia sapu nasib baik tak kena mata aku.. kalau tak..

Harith: nanti kalau mak sakit lagi, mak spau minyak ni ye.. kita nak kuar nak main lego..


eh.. tak sampai 5 minit dah masuk bilik aku balik..bawak dia punya lego.. gi cite kat aku apa design yang dia buat la.. alamak tak boleh aku nak lelapkan mata jap..sabo je ler...

Monday, February 21, 2011

bz..bz..bz..

ku curi-curi masa berblogging ni..cuba tarik nafas kejap..hmm.. legaa..

hari ahad lepas sempat pergi menjenguk pasar tani kat stadium shah alam tu.. wah.. sungguh seronok.. kalau tau best camni lama dah pergi.. aku pusing2 ngan Jak,macam2 ade jual.. sediakan duit je lah ye.. patut la Emy setiap ahad nak pergi stadium ni.. memang happening!!. sebenarnya nak cari spek itam untuk si Harith.  dah kat 2 minggu dia mintak tak sempat-sempat nak carik.. semalam dapat dia sungguh happy ,terus pakai... berangan cam hensemm je...Harith..Harith..

sekarang aku tengah excited menunggu Konsert Maher Zain hari jumaat ni.. tiket beli dah lama... in-syaallah aku pergi ngan member chinese, Carol... dia pun excited cam aku jugak..dia kate bila dengar lagu-lagu Maher Zain  dia rasa cam cam tenang n inspired.. .. wah.. tak sabarnye nak pergi...


Thursday, February 17, 2011

Makcik yg dok tengah2, baju kaler biru tu..sebelah Harith yg tgh minum susu..hehhehe
2 hari lepas bila rasa down sgt n rasa nak ckp dgn seseorang aku try call makcik aku kat kampung.. makcik aku ni cikgu sekolah tadika..masa kat kampung kita org memang rapat sbb dia selalu tolong aku dulu..
aku try sms dia dulu tengok dia free tak nak menyembang.hehehhe

aku: makcik buat apa? sihat tak?

makcik: tengah pancing ikan kat tepi rumah, sihat

aku: lor..takde koje ke? bestnya dok kampung.. dok sini stress je..:(  ( aku dah la baru balik keje, penat n mengadap jem lagi)

tak lama pastu makcik call aku.. dan kita org pun terus menyembang hal masing-masing smpi maghrib..lega dapat borak-borak.. winduu plaks nak balik kampung..

Monday, February 14, 2011

my 1st entry

bismillah... my 1st entry

hari ni sungguh stress..selalu aku dpt bfast ngan gumbira sambil tonton catchup tv, tapi hari ni walaupun dapat bfast ngan suami terchenta, takde selera la .tak habis pun nasi lemak kat mamak...aku ni kalau ade problem mmg camni takde selera nak mkn..ade peristiwa yg berlaku..tak payahlah aku catatkan kat sini.. harap aku dapat selesaikan problem ni soonest so that tak payah pening2 pikir..

yg penting esok kita cuti lagi.. ntah bape byk cuti daa bulan feb ni.. dan malam ni ade ceramah sempena maulud nabi dan esok ade aktiviti kat Seri Nuang.. harap2 dapat la aku menjoinkan diri n mengeratkan sillaturrahim.. amin