Assalamualaikum..
Lama dah tak menjengah sini. Hari ni ada masa sebab cuti dan sementara tunggu nak berbuka di hari ke 27 Ramadhan. Semalam masa Terawih Ustaz ada kata kebarangkalian untuk malam Lailatulqadar besar malam ni sebab malam Jumaat dan malam ganjil.. Masih ada dua malam lagi untuk kita beribadat di malam-malam terakhir Ramadhan. Mungkin juga malam ke 29... sama-samalah kita mencari Lailatulqadar...Terasa cepatnya berlalu bulan Ramadhan..mungkin faktor umur aku ke apa ya..
Boleh dikira berapa kali aku masak untuk berbuka. Jiran ada jual nasi dan lauk untuk berbuka so senang la, order je..balik kerja ambil kat dia. Portion dia pun besar so sampai sahur boleh makan. Suami pulak sahur taknak nasi nak makan roti katanya.Senang la sikit cuma nak kejut si harith ngan abahnya susah betul. kat 10 kali gerak baru nak bangun..Sabar je lah.hihihi.
Ada satu malam masa Terawih, Imam jemputan merdu sangat bacaannya.. sampai dalam hati berkata bacalah lagi..sambunglah lagi..hihihi.Ada juga satu malam tu hati terasa sangat sayu bila ingat jiran, Arwah kak Siti yang dah tiada, Imam pula baca doa dalam Melayu yang sangat tersentuh hati, berjurai-jurai air mata.Allah ..Allah..
Pada aku bulan ni sangat ajaib sebab Allah bagi kekuatan dan kesihatan untuk berpuasa, bekerja (Tempat kerja sekarang sangat busy lagi lagi nak raya, banyak benda nak rushing) Solat terawih, Bertadarus , Bangun malam (Qiam kalau tersedar aku buat, biasa antara 3-4). Alhamdulillah sihat, sakit kepala pun tak ada.. Tak macam bulan biasa, balik kerja je dah tak larat nak buat apa-apa// Tapi alhamdulillah bulan puasa ni semua dapat buat..memang ajaib..tak tau mana datang kekuatan ni..
Malam ni balik kampung In sha allah.. harap-harap tak de la jem yang teruk sangat...
Semoga kita dapat memanfaatkan malam-malam terakhir Ramadhan.. Akan sampaikah kita pada Ramadhan akan datang?